ANUGERAH PENCAPAIAN KEPUTUSAN TERBAIK FELDA SPM 2022

Pada tarikh 15 Julai 2023 yang lalu, pihak Pengurusan Felda Bukit Puchong melalui Pengurus Felda Iaitu Encik Hanafi Bin Hashim telah menerima Anugerah Felda Terbaik dalam keputusan SPM 2022 yang telah di sampaikan oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Bukit Mendi iaitu Encik Ahmad Nazli Bin Sadali.

Di kesempatan ini, kami ingin menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua ibu bapa dan penjaga pelajar SPM 2022 terutamanya dari Felda Bukit Puchong di atas kejayaan 100% lulus. Semoga pelajar dari Felda Bukit Puchong akan terus cemerlang dalam akademik dan kokurikulum pada masa akan datang.

GAMBAR

aaaaakelas52

FELDA ROBOTICS CHALLENGE 2023

Pertandingan ini telah diadakan pada hari Sabtu yang lalu bersamaan dengan 27 Mei 2023 bertempat di Ar Riyadah Residence Majlis Sukan Negeri Terengganu. Majlis ini juga telah dirasmikan oleh Pengerusi FELDA, YBhg. Tan Sri Idris Bin Jusoh.

Kontijen dari Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Puchong telah menghantar 3 pelajarnya dan 2 orang guru mentor bagi pertandingan tersebut.

Walaupun tidak berjaya melangkah ke pusingan akhir, ucapan tahniah harus di berikan kepada para pelajar dan pasukannya kerana berani menyahut cabaran membudayakan pembelajaran IT di sekolah supaya mereka mempunyai asas digital untuk ke peringkat lebih tinggi.

GAMBAR

aaaaakelas60

aaaaakelas61

aaaaakelas62

anugerahskbp5

TARIKH : 22 NOVEMBER 2018

MASA : 08.00 – 01.00 PETANG

LOKASI : SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA BUKIT PUCHONG

PESERTA : GURU, IBUBAPA DAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

PROGRAM : HARI PENYAMPAIAN HADIAH ANUGERAH DAN KECEMERLANGAN 2018

TUJUAN    

Program Hari Penyampaian Hadiah Anugerah Dan Kecemerlangan 2018 merupakan salah satu acara terpenting dalam takwim hujung tahun Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Puchong dalam menghargai pencapaian cemerlang peperiksaan semester terakhir para pelajar sekolah bermula dari pelajar pra-sekolah hingga pelajar tahun 6.

Selain daripada itu, program ini turut melibatkan ibubapa pelajar tersebut di mana pada acara inilah, dapatlah guru-guru berinteraksi dengan ibubapa pelajar secara langsung dan menilai pencapaian anak-anak mereka dalam akademik.

AKTIVITI

Di mulakan dengan ucapan dan kata-kata aluan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Puchong kepada jemputan dan def-def kehormat terutama kepada penyelaras Pakatan Harapan Parlimen Bera dan Setiausaha Kementerian Jabatan Kerja Raya iaitu Dato Zakaria Bin Abdul Hamid, guru-guru dan pelajar sekolah dan ibubapa yang hadir.

Hadirin pada program tersebut turut di hiburkan dengan persembahan para pelajar pra sekolah dan seterusnya acara penyampaian hadiah bagi pelajar-pelajar yang cemerlang.

Sebelum berakhir atau bersurai, semua jemputan telah di hidangkan dengan jamuan yang di sediakan oleh pihak sekolah.

FOTO

anugerahskbp2

anugerahskbp3

anugerahskbp4

gotongsekolah1

Pada tanggal 15 Mei 2010, bertempat di Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Puchong telah mengadakan Program Gotong-royong sempena Sambutan Hari Guru.

Acara ini telah disertai oleh semua kakitangan pengurusan sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta masyarakat Peneroka Felda Bukit Puchong.Paling menarik perhatian ialah Program Gotong-royong ini telah diadakan serentak di semua sekolah di Daerah Bera, Pahang termasuk sekolah menengah. Paling mengharukan ialah penyertaan daripada sebilangan warga Peneroka Felda Bukit Puchong, di mana mereka turut menyumbangkan tenaga dalam program yang murni ini walaupun tiada anak atau cucu yang bersekolah di sini.

Di akhir program tersebut, pihak pengurusan sekolah telah berbesar hati dengan menyediakan jamuan kecil bagi meraikan dan menghargai usaha pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan program murni tersebut.

gotongsekolah2

 000azizi1

TARIKH : 21 JUN 2019

MASA : 08.00 – 12.00 TENGAHRI

LOKASI : SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA BUKIT PUCHONG

PESERTA : PELAJAR SEKOLAH RENDAH

PROGRAM : JAMUAN PERPISAHAN DUA GURU SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA BUKIT PUCHONG

TUJUAN

Tujuan program ini di adakan adalah meraikan dua orang guru yang telah bertukar dan berpindah ke sekolah di negeri masing-masing.

Guru pertama ialah Cikgu Silawati Binti Yusuf yang akan berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Gemerih, Segamat, Johor.Beliau telah berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Puchong selama 16 tahun dan beliau merupakan guru pemulihan.

Manakala, Cikgu Azizi Bin Abdullah akan pulang dan bertugas di Sekolah Kebangsaan Laloh, Kuala Krai, Kelantan.Cikgu Azizi baru berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Puchong selama 4 bulan sebagai guru Matematik tahun 6 dan sebelum ini beliau bertugas di Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Mendi selama 10 tahun.

AKTIVITI

Bagi meraikan dan menghargai jasa kedua-dua guru ini, mereka telah di rai dengan ucapan selamat tinggal oleh kakitangan pengurusan sekolah, guru-guru dan para pelajar sekolah dan ada mereka tidak dapat menahan sebak.

Di kesempatan bulan Syawal yang mulia ini, ramai yang mengambil kesempatan bermaaf-maafan anatara satu sama lain.

Jasamu tetap di kenang dan kami turut mendoakan kedua-dua guru ini akan lebih gembira dan berjaya di masa hadapan hendaknya.

FOTO