KELAS E-TUISYEN BAHASA ENGLISH DAN MATEMATIK TAHUN 5 DAN 6 @PUSAT INTERNET KOMUNITI FELDA BUKIT PUCHONG

TARIKH : 18 APRIL 2021

MASA : 02.15 – 04.30 PETANG

LOKASI : PUSAT INTERNET KOMUNITI FELDA BUKIT PUCHONG

PESERTA : PELAJAR TAHUN 5 DAN 6 SEKOLAH RENDAH

TUJUAN

Oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berkuatkuasa di sebabkan penularan penyakit Covid-19 banyak aktiviti terpaksa di hentikan buat sementara waktu dan yang paling terkesan ialah golongan para pelajar sekolah rendah dan menengah.

Untuk itu, Pusat Internet Komuniti Felda Bukit Puchong telah mengambil inisiatif mengadakan kelas tuisyen atas talian dengan menggunakan platform aplikasi Zoom atau kelas maya.

Sebelum ini, Pusat Internet Komuniti Felda Bukit Puchong turut menyediakan kemudahan pembelajaran E-Tuisyen kepada para pelajar dengan menggunakan aplikasi Google Meeting.

Kaedah pembelajaran E-Tuisyen ini di lihat sangat efektif pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana petugas dapat menyelaraskan SOP keselamatan penjarakan sosial peserta atau pelajar pada satu-satu masa di mana jumlahnya tidaklah terlalu ramai dan sesak.

Kepada ibubapa pelajar tidak perlulah risau atau sangsi dengan kualiti tenaga pengajar atau tutor kerana tutor yang telah di sediakan semasa sesi pembelajaran ini adalah bertauliah dan profesional.

AKTIVITI

Tahun 5 (Subjek Bahasa English) 2.15 ptg - 3.25 ptg

  1. Nur Qaseh Dania Dawirna Binti M.D. Rasidi
  2. Nur Hana Damia Maisarah Binti Amran

Tahun 6 (Subjek Matematik) 3.30 ptg - 4.30 ptg

  1. Nur Ainatul Mardhiah Binti Amran

 

FOTO

000000000000abc20

000000000000abc21

000000000000abc22

000000000000abc23