0000000000000abc62

KEDAI MAKAN MR AZLI

Kedai makan Mr Azli ialah brand atau jenama terbaharu kedai makan yang telah di usahakan sendiri oleh pengusahanya iaitu Encik Azli Bin Ismail.

Encik Azli merupakan seorang usahawan roti dan bakeri dan mempunyai fasiliti atau kilang memproses roti dan bakeri yang terletak di Felda Bukit Puchong.

Bagi merebut peluang dalam bidang keusahawan, beliau beranikan diri untuk membuka kedai makanan dengan menggunakan jenama sendiri iaitu Mr Azli.

Menu-menu yang terdapat di kedai Mr Azli ialah seperti :

Nasi ayam kunyit

Roti sosej

Air soya pelbagai perisa

Popcorn

Bahulu

Tau fu fa

Pau kukus

Dimsum

Karipap dumpling kukus berasaskan makanan laut

Brownies

 

Bagi yang ingin mencuba menu-menu yang terdapat di kedai Mr Azli, anda bolehlah datang sendiri ke kedainya di Bandar Kerayong atau berhampiran dengan Bank Rakyat.

Jika anda ingin menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan, anda bolehlah what apps +60108380456.

GAMBAR

0000000000000abc63

0000000000000abc64

0000000000000abc65

0000000000000abc66

0000000000000abc67

0000000000000abc69

0000000000000abc70

 0000000000000abc44

USAHAWANITA MAKANAN KAK SHIMA

Salah satu matlamat utama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Bukit Puchong atau PEDi akan memfokuskan atau memberi tumpuan kepada bidang niaga dan keusahawan tempatan serta memberi peluang kepada usahawan tersebut menggunakan platform sedia ada untuk meraih peluang menjana ekonomi keluarga.

Pada kali ini, PEDi akan memfokuskan kepada perniagaan penyediaan makanan yang di jalankan oleh Kak Shima atau lebih di kenali sebagai Shima Nordin.Produk-produk makanan seperti Nasi Lemak Rendang Ayam, Nasi Lemak Ayam Berempah dan Sambal Ikan Bilis Pedas.

Bagi sesiapa yang ingin mencuba menu makanan tersebut, bolehlah menghubungi Kak Shima Nordin melalui aplikasi media sosialnya iaitu facebook Shima Nordin atau di What Apps di talian 0133849808.

GAMBAR

0000000000000abc430000000000000abc45

GERAI MAKANAN DAN MINUMAN DEK LIE

Gerai makanan dan minuman “Dek Lie” ini telah beroperasi sejak 3 tahun yang lalu dan ianya di uruskan oleh adik Nurul Shakila.Gerai makanan dan minuman ini mula terkenal di Felda Bukit Puchong apabila pemilik gerai ini memperkenalkan pakej makanan “Nasi Bajet RM 5” dan ianya terus mendapat sambutan yang hangat ketika itu.

Selain daripada itu, gerai ini turut menyediakan hidangan makanan dan minuman seperti pakej Nasi Bajet, Nasi Lemak, Laksa, Mee Kari, Ais Batu Campur/Jagung (ABC/ABJ) dan lain-lain lagi.

Kepada sesiapa yang berhajat untuk mencuba sajian di gerai “Dek Lie” ini boleh bertanyakan alamat lokasi kedai tersebut kepada penduduk setempat atau merujuk peta lokasi kedai seperti yang tertera.

FOTO

deklie1

deklie2

deklie5

deklie3

Gerai makanan dan minuman “SAKURABA” ini merupakan antara kedai makan yang paling lama beroperasi di Felda Bukit Puchong ini iaitu hampir 15 tahun lebih.

Di usahakan oleh Encik Hasmadi Bin Mespon (generasi kedua felda) dan dibantu oleh isteri beliau yang merangkap sebagai tukang masak dan dua orang anaknya.

Rahsia dan keunikan kedai makan “SAKURABA” ini yang boleh bertahan sekian lama antaranya ialah kerana kedai ini merupakan pusat kegiatan sosial komuniti penduduk Felda Bukit Puchong, tidak kira tua dan muda.

Selain daripada itu, menu yang dihidangkan adalah sangat ringkas tetapi sedap seperti sajian nasi lemak, sup kaki ayam, kuih tradisional dan lain-lain lagi dengan harga yang sangat murah dan mesra pelanggan.

Kepada pengunjung di luar sana yang ingin merasakan sendiri keunikan masakan “SAKURABA” bolehlah mengakses aplikasi Google Maps dengan menaip “Felda Bukit Puchong”, “Pusat Internet Felda Bukit Puchong” dan “Kedai Makan Madi Sakuraba”.

Kedai makan ini beroperasi setiap hari dan bermula pada pukul 10.30 pagi dengan hidangan kuih-muih, menu tengaharinya pula ialah nasi berlauk dan nasi lemak pula mula di jual pada pukul 6 petang hingga malam dan operasinya di tutup pada pukul 12.00 tengah malam.

000000jumat8

000000jumat9

000000jumat3

000000jumat4

000000jumat2

000000jumat5

000000jumat7

 

10 Jun 2016, Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong.Semenjak tamatnya kursus atau sesi latihan e-usahawan di Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong pada bulan Mei 2016 yang lepas.

Puan Roslina tidak berpaling lagi ke belakang sebaliknya dengan bekalan sedikit ilmu yang di perolehi semasa berkursus di sini beliau terus memacu perniagaan yang baru masuk setahun jagung dengan rasa penuh keyakinan.

Terbukti usaha beliau dalam memacu perniagaan sambal garing ikan bilis telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dari penduduk Felda Bukit Puchong hatta rakan-rakan media sosial Puan Roslina sendiri yang kebanyakkannya duduk di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur dan sebagainya.

Ini mungkin ledakan daripada promosi yang beliau lakukan setelah mendapat latihan di Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong semasa menyertai kursus e-usahawan tempoh hari.

Antara pekara yang paling menampakkan kesan positif ialah manipulasi gambar produk yang menarik dan karangan berkaitan dengan info atau maklumat produk yang sangat jelas dan padat serta tidak mengelirukan.

Saya di fahamkan bahawa tempahan Sambal Goreng Bilis Garing untuk sepanjang bulan Jun 2016 telah habis di jual.Bagi tempahan Sambal Goreng Bilis Garing akan datang ianya akan di buka semula selepas Hari Raya Aidil Fitri kelak.

Bagi yang ingin mencuba produk Sambal Goreng Bilis Garing Puan Roslina ini bolehlah menghubungi beliau di nombor yang tertera di poster iklan produk Sambal Goreng Bilis Garing atau boleh kunjungi halaman facebook dengan menaip “Sambal Goreng Bilis Garing” atau mengunjungi sendiri halaman web Puan Roslina di http://bellsambalbilisgaring.weebly.com untuk maklumat lebih lanjut lagi berkaitan dengan produk Sambal Goreng Bilis Garing ini.