Gerai makanan dan minuman “SAKURABA” ini merupakan antara kedai makan yang paling lama beroperasi di Felda Bukit Puchong ini iaitu hampir 15 tahun lebih.

Di usahakan oleh Encik Hasmadi Bin Mespon (generasi kedua felda) dan dibantu oleh isteri beliau yang merangkap sebagai tukang masak dan dua orang anaknya.

Rahsia dan keunikan kedai makan “SAKURABA” ini yang boleh bertahan sekian lama antaranya ialah kerana kedai ini merupakan pusat kegiatan sosial komuniti penduduk Felda Bukit Puchong, tidak kira tua dan muda.

Selain daripada itu, menu yang dihidangkan adalah sangat ringkas tetapi sedap seperti sajian nasi lemak, sup kaki ayam, kuih tradisional dan lain-lain lagi dengan harga yang sangat murah dan mesra pelanggan.

Kepada pengunjung di luar sana yang ingin merasakan sendiri keunikan masakan “SAKURABA” bolehlah mengakses aplikasi Google Maps dengan menaip “Felda Bukit Puchong”, “Pusat Internet Felda Bukit Puchong” dan “Kedai Makan Madi Sakuraba”.

Kedai makan ini beroperasi setiap hari dan bermula pada pukul 10.30 pagi dengan hidangan kuih-muih, menu tengaharinya pula ialah nasi berlauk dan nasi lemak pula mula di jual pada pukul 6 petang hingga malam dan operasinya di tutup pada pukul 12.00 tengah malam.

000000jumat8

000000jumat9

000000jumat3

000000jumat4

000000jumat2

000000jumat5

000000jumat7