VIDEO PENUH MAJLIS PELANCARAN PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA (PEDI) DURIAN TAWAR,BERA.PAHANG

 VIDEO YOUTUBE EHSAN DARIPADA KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA

21 NOVEMBER 2021

 

VIDEO KRAFTANGAN YANG DI HASILKAN OLEH PESERTA-PESERTA YANG BERTANDING

 

VIDEO MOTOR MERDEKA

000000000abc11

KLIK UNTUK LIHAT VIDEO

 

VIDEO BUNGA RAYA,BUNGA KEBANGSAAN

000000000abc12

KLIK UNTUK LIHAT VIDEO

 

VIDEO GUBAHAN MENARA KLCC DARI BOTOL PLASTIK

000000000abc13

KLIK UNTUK LIHAT VIDEO

 

VIDEO JALUR GEMILANG

000000000abc14

KLIK UNTUK LIHAT VIDEO

 

VIDEO GUBAHAN BEKAS TELUR

000000000abc15

KLIK UNTUK LIHAT VIDEO

 

VIDEO PASU SABUT KELAPA

000000000abc16

KLIK UNTUK LIHAT VIDEO

 

 

 

 

 

 

BERA RIDERS P090 PARLIMEN BERA

Program yang berlangsung pada Hari Ahad, 6 November 2016 bertempat di Simpang Kepayang, Bera. Program dirasmikan oleh YB. DATO' SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB.

Program ini bertujuan mengumpulkan 'Rider-Rider' muda dalam Daerah Bera bagi menyatu padukan serta merapatkan hubungan silaturrahim sesama mereka. Selain itu juga merupakan platform terbaik untuk belia yang berminat dalam sukan bermotor menunjukkan bakat dan kreativiti masing-masing.

Impak positif dari program antaranya memberi kesedaran kepada belia mengenai keburukan penularan gejala sosial selain memberi ruang kepada mereka mengetengahkan bakat terutama dalam sukan permotoran.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut serta pameran daripada agensi seperti MARA, GIAT MARA, KOLEJ KPTM, ASKAR WATANIAH KEM BATU TIGA, PUSAT INTERNET 1KLUSTER BERA & sebagainya.

Koleksi video Promosi Siaran TV Digital Myfreeview yang di hasilkan oleh Pusat Internet Durian Tawar dari Kluster Bera

 

AGRO PELANCONGAN DI FELDA BUKIT PUCHONG

Di dalam video ini kami sorotkan 4 pengusaha atau penternak dalam segmen Agro Pelancongan di Bera khususnya di Felda Bukit Puchong.

Bagi segmen penternakan ruminan besar atau penternakan lembu fidlot, ini ia di usahakan oleh Encik Ramli Bin Ali di kandang miliki beliau.Menurut Encik Ramli lagi, kaedah penternakan lembu secara fidlot ini adalah untuk mensasarkan kenaikan berat lembu dalam masa sehari dan ianya akan berlanjutan sehingga 3 bulan hingga berat maksimum tercapai dan barulah lembu yang di ternakan tadi di jual.Beliau turut menambah lagi, kandang fidlotnya mampu menampung sehingga 50 ekor lembu dalam satu-satu masa.

Bagi segmen penternakan rusa pula, ianya di usahakan oleh Encik Halil Bin Hamat.Sebenarnya penternakan rusa ini masih baru dan di sebabkan minat yang sangat dalam terhadap rusa ini Encik Halil sanggup mengeluarkan modal yang besar bagi menjayakan penternakan rusa tersebut.Rusa yang di ternak oleh Encik Halil ini adalah daripada spesis Cervus timorensis dan harga bagi setiap induk adalah sebanyak RM 2000 - 2500.Buat masa sekarang ini, rusa yang di ternak adalah sebanyak 10 ekor di mana 1 ekor pejantan dan 9 induk betina tambah beliau lagi.

Bagi segmen penternakan kambing biri-biri pula, ia di usahakan oleh Encik Yazid Bin Yatim Mustapa melalui syarikatnya iaitu Beradik Farms di ladang ternakannya seluas hampir 7 ekar dengan 120 ekor dari spesis Barbados Black Belly.Penternakan biri-biri ini telah di usahakan oleh beliau hampir 4 tahun lalu dan sekarang ladangnya telah mengeluarkan hasil kambing biri-biri tersebut dan kebanyakkan biri-biri tersebut di pasarkan sendiri oleh Encik Yazid.

Bagi segmen Lebat Madu Kelulut pula, ia di usahakan oleh Badan Kebajikan Pengurusan Masjid Insaniah Felda Bukit Puchong.Bagi projek penternakan madu ini ia turut mendapat khidmat pakar dari pihak seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan FAMA daerah Bera.Di fahamkan hasil dari penjualan madu lebah kelulut ini akan terus pergi tabung pengurusan masjid Insaniah Felda Bukit Puchong.