BERA RIDERS P090 PARLIMEN BERA

Program yang berlangsung pada Hari Ahad, 6 November 2016 bertempat di Simpang Kepayang, Bera. Program dirasmikan oleh YB. DATO' SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB.

Program ini bertujuan mengumpulkan 'Rider-Rider' muda dalam Daerah Bera bagi menyatu padukan serta merapatkan hubungan silaturrahim sesama mereka. Selain itu juga merupakan platform terbaik untuk belia yang berminat dalam sukan bermotor menunjukkan bakat dan kreativiti masing-masing.

Impak positif dari program antaranya memberi kesedaran kepada belia mengenai keburukan penularan gejala sosial selain memberi ruang kepada mereka mengetengahkan bakat terutama dalam sukan permotoran.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut serta pameran daripada agensi seperti MARA, GIAT MARA, KOLEJ KPTM, ASKAR WATANIAH KEM BATU TIGA, PUSAT INTERNET 1KLUSTER BERA & sebagainya.