0000ajk4

 

MESYUARAT DAN PEMILIHAN JAWATANKUASA PUSAT INTERNET KLUSTER DAERAH BERA PENGGAL 2019

TARIKH : 11 APRIL 2019

MASA : 09.00 – 01.00 PETANG

LOKASI : PUSAT INTERNET KERAYONG MAKMUR

PESERTA : SELURUH PETUGAS PUSAT INTERNET KLUSTER BERA

PROGRAM : MESYUARAT DAN PEMILIHAN JAWATANKUASA PUSAT INTERNET KLUSTER DAERAH BERA PENGGAL 2019

TUJUAN    

Mesyuarat dan Pemilihan Jawatankuasa Pusat Internet Kluster Daerah Bera 2019 adalah bertujuan untuk memilih dan melantik ketua kluster baharu yang dahulunya di sandang oleh Saudara Hazrul Azlan dari Pusat Internet Felda Mayam yang telah menyandang jawatan ketua kluster selama hampir 3 tahun.

Selain daripada itu, jawatankuasa kerja turut juga di rombak bagi membolehkan dan memberi peluang kepada petugas-petugas pusat internet yang baharu berkhidmat memikul tanggungjawab dalam memberikan komitmen atau tugas yang di beri.

AKTIVITI

Sebelum pemilihan jawatankuasa baharu di buat, sesi mesyuarat dan pembentangan perincian program yang berkaitan dengan beberapa modul seperti Advokasi-Klik Dengan Bijak, Keusahawanan dan lain-lain lagi di buat dan di tambah baik dari segi pengisian program berdasarkan input-input yang telah di terima sebelum ini.

Selepas itu, sesi pemilihan telah mengambil tempat dan semua petugas Pusat Internet Kluster Daerah Bera sepakat untuk melantik Cik Siti Nor Aien dari Pusat Internet Felda Bukit Puchong sebagai ketua kluster yang baharu.

FOTO

0000ajk1

 

0000ajk2

 

0000ajk3

 

0000ajk5

TARIKH : 6 JULAI 2018

MASA : 10.00 – 12.00 TENGAHARI

LOKASI : TABIKA KEMAS FELDA BUKIT PUCHONG

PESERTA : PELAJAR TABIKA KEMAS

PROGRAM : KELAS INTERAKTIF DAN ASAS KOMPUTER DAN PERKAKASAN

TUJUAN

Tujuan program ini di adakan adalah untuk melatih adik-adik ini dengan kemahiran asas komputer dan perkakasan pada peringkat awal supaya kelak mereka tidak rasa janggal dengan persekitaran komputer di Pusat Internet atau di Makmal Komputer Sekolah.

AKTIVITI

Bagi memudahkan adik-adik ini mengikuti dan mempelajari asas penggunaan komputer dan perkakasan komputer, petugas Pusat Internet Felda Bukit Puchong berusaha berkomunikasi dengan adik-adik ini melalui cara interaktif.

Ini kerana jika terdapat kesulitan untuk memahami atau mengenali beberapa peranti komputer seperti monitor, pencetak dan lain-lain lagi, tenaga pengajar akan memperbetulkan dan memberi penjelasan pada masa tersebut dan seterusnya menjadikan adik-adik TABIKA KEMAS ini sangat fokus dengan apa yang telah mereka pelajari.

FOTO

 

ewaste1

 

TARIKH : 20 Mac 2018

MASA : 4.00 – 5.30 petang

LOKASI : Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong

PESERTA : Pelajar Sekolah Rendah Dan Menengah

MODUL : Program E-Waste

 

TUJUAN

Tujuan program ini di adakan adalah untuk memberi kesedaran kepada generasi baharu terutamanya para pelajar sekolah rendah dan menengah yang mana mereka ini adalah pengguna utama peranti elektronik, tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar dengan mengetahui cara yang betul dalam pengurusan sisa-sisa elektronik atau e-waste ini.

AKTIVITI

Para petugas Pusat Interenet 1Malaysia Felda Bukit Puchong selalu mengadakan promosi program E-Waste ini dari semasa ke semasa dan impaknya atau terkesannya dari promosi yang di adakan, adik Nur Aisyah Danieya Binti Omar serta rakanya telah berjaya mengumpulkan beberapa peranti elektronik seperti telefon bimbit yang telah rosak dan di serahkan sendiri ke dalam kotak mobile e-waste sambil di saksikan sendiri oleh petugas Pusat Internet 1Malaysia.

Di harap pada masa akan datang, akan lebih ramai lagi adik-adik seperti Nur Aisyah Danieya Binti Omar yang mempunyai keprihatinan yang tinggi dalam menjaga alam sekitar.

FOTO

ewaste2

TARIKH : 2 JULAI 2018

MASA : 03.00 – 05.00 PETANG

LOKASI : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA FELDA BUKIT PUCHONG

PESERTA : PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

PROGRAM : KELAS ASAS LATIHAN KOMPUTER - POWERPOINT

TUJUAN

Tujuan program ini di adakan adalah untuk melatih adik-adik ini atau pelajar sekolah menengah ini dengan kemahiran asas komputer terutama dalam aplikasi MS-Powerpoint.

Sedia maklum, kebanyakkan kerja kursus yang di berikan oleh guru-guru di sekolah kepada para pelajar ini adalah dalam format komputer dan justeru itu pihak kami menyediakan latihan asas komputer untuk mereka kuasai secara tidak langsung.

AKTIVITI

Bagi memudahkan peserta mengikuti dan mempelajari asas MS-Powerpoint ini dengan mudah, komunikasi interaktif antara peserta dan tenaga pengajar adalah sangat penting.

Ini kerana jika terdapat kesulitan daripada peserta untuk menguasai asas-asas MS-Powerpoint, tenaga pengajar akan perbetulkan pada masa tersebut dan maka tidak hairanlah mereka mampu menyiapkan kerja khusus berkumpulan yang di berikan oleh guru-guru mereka di siapkan dalam masa sehari sahaja.

FOTO

 

1kelas3

TARIKH : 8 Mac 2018

MASA : 4.00 – 5.30 petang

LOKASI : Bilik Latihan

PESERTA : Pelajar Sekolah Rendah Dan Menengah (Perempuan)

 

TUJUAN

Tujuan kelas latihan ini di adakan kerana kebanyakkan para peserta yang mengikut kelas ini merupakan pelajar sekolah rendah dan menengah yang tidak berkesempatan mengikuti kelas latihan yang di adakan sebelum ini kerana mereka agak malu dan kurang selesa dengan suasana Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong yang sentiasa sesak dan ramai pengunjung.

AKTIVITI

Oleh kerana peserta-peserta ini baharu dan agak kekok dalam menggunakan komputer, para petugas telah menyediakan aktiviti yang sesuai untuk mereka ikuti seperti Modul Latihan Menaip Intensif.

Dalam modul ini, peserta akan di dedahkan dengan beberapa kaedah seperti mengenal fungsi setiap kekunci, aksara dan lain-lain lagi.

FOTO

1kelas1

1kelas4

1kelas5