TARIKH : 6 JULAI 2018
MASA : 10.00 – 12.00 TENGAHARI
LOKASI : TABIKA KEMAS FELDA BUKIT PUCHONG
PESERTA : PELAJAR TABIKA KEMAS
PROGRAM : KELAS INTERAKTIF DAN ASAS KOMPUTER DAN PERKAKASAN
TUJUAN
Tujuan program ini di adakan adalah untuk melatih adik-adik ini dengan kemahiran asas komputer dan perkakasan pada peringkat awal supaya kelak mereka tidak rasa janggal dengan persekitaran komputer di Pusat Internet atau di Makmal Komputer Sekolah.
AKTIVITI
Bagi memudahkan adik-adik ini mengikuti dan mempelajari asas penggunaan komputer dan perkakasan komputer, petugas Pusat Internet Felda Bukit Puchong berusaha berkomunikasi dengan adik-adik ini melalui cara interaktif.
Ini kerana jika terdapat kesulitan untuk memahami atau mengenali beberapa peranti komputer seperti monitor, pencetak dan lain-lain lagi, tenaga pengajar akan memperbetulkan dan memberi penjelasan pada masa tersebut dan seterusnya menjadikan adik-adik TABIKA KEMAS ini sangat fokus dengan apa yang telah mereka pelajari.
FOTO