lokasirumah

NAMA & SEJARAH KAMPUNG

Sejarah Kampung : Felda Bukit Puchong.

VERSI 1

puchongberguling

Terletak berhampiran dengan Perkampungan Orang Asli Sungai Tuang, Mukim Triang/Bera.

Sebelum penempatan ini di buka, kawasan ini digelar Padang Lalang. Mungkin kerana kawasan ini dipenuhi dengan lalang menurut penduduk orang Asli di sini.

Berasal dari ‘sebuah objek berbentuk buyong’ yang terdapat di antara dua buah bukit tempat orang Asli memburu dan mencari manau dan rotan , mereka terdengar dentuman yang amat kuat di kawasan lurah antara dua buah bukit tersebut, lalu mereka menghampiri dan mendapati “sebuah buyung” sedang bergerak mengikut alur lurah bukit menghala ke Sungai Triang . Lalu dinamakan “Bukit Puchong” bersempena penemuan buyong di kawasan tersebut.

Sumber : Penduduk Orang Asli Kampung Sungai Tuang

VERSI 2

googlemaps 

Nama lain bagi Bukit Puchong ini ialah Puchong Berguling, fakta sejarah ini adalah benar kerana ia dapat di buktikan dengan peta lama yang digunakan oleh Jabatan Ukur dan Jabatan Tanah Negeri Sembilan terutama di Daerah Jelebu dan Kuala Klawang (di sini jugalah timbulnya nama Sungai Triang).

Sumber : Google Maps Malaysia, Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sembilan

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

pejabatfelda

Penerokaan Agensi Felda bermula pada tahun 1966 dengan keluasan 2086.81 hektar yang ditanam dengan tanaman sawit. Penempatan peneroka bermula pada tahun 1969 iaitu seramai 433 orang dari seluruh semenanjung kecuali Sabah. Pentadbiran Penghulu Mukim Triang, bermula pada tahun 1994 di bawah seliaan Pejabat Daerah & Tanah, Daerah Temerloh. Bukit Puchong ketika itu di bawah pentadbiran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) dari tahun 1970 hingga 1989 dan Pertubuhan Peneroka dari tahun 1990 hingga sekarang.

Pentadbiran JKKK bermula pada tahun 1998 di bawah seliaan Pejabat Daerah & Tanah, Daerah Bera dengan Tn. Haji Muhammad Amin bin Sardi diangkat sebagai Pengerusi JKKK / Ketua Kampung sehingga sekarang. Gandingan JKKK, Pertubuhan Peneroka dan badan-badan naungan JKKK banyak mendorong dan merealisasikan kampung ke arah kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan.