pakcikujud3

31 Oktober 2017, Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong.Pada tarikh terakhir atau pada 31 haribulan Oktober 2017, merupakan sesi ke-4, Pakcik Ujud atau nama sebenarnya Ujud Bin Taha menghadiri kelas Asas Internet yang di adakan di Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong.

Berusia 68 tahun, Pakcik Ujud masih segak dan bersemangat mengikuti kelas latihan yang telah di tetapkan oleh Pusat Internet 1Malaysia setiap minggu untuknya dan beliau sangat berdisplin dan komited dalam mengikuti jadual latihan tersebut.

Pada mulanya, sangkaan petugas Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong dalam gurauan mengajaknya untuk belajar dan melayari internet secara berseloroh telah di balas dengan persetujuan oleh Pakcik Ujud pada awal bulan Oktober 2017 dan semenjak itu pada setiap minggu kelas asas internet akan di buat khas untuknya kerana kami lihat tidak ramai warga emas atau seusia Pakcik Ujud berminat mempelajari internet.

pakcikujud2

Bagi mempermudahkan pemahaman beliau mengenai dunia internet, kami di PI1M Felda Bukit Puchong telah menyediakan beberapa modul khas pembelajaran untuk beliau dan ianya bermula dengan melayari halaman Youtube.

Pemilihan halaman Youtube dibuat untuk Pakcik Ujud adalah kerana halaman tersebut sangat mesra pengguna dan ianya mudah menarik minat sesiapa sahaja dan InshaAllah pada masa akan datang kami akan mendedahkan penggunaan internet secara total kepada Pakcik Ujud seperti pengguna emel, halaman sosial dan lain-lain lagi.

pakcikujud1

sarina1

Puan Sarina merupakan seorang guru tabika yang berkhidmat di Tabika Kemas Felda Bukit Mendi.

Pn. Sarina kerap mengunjungi PI1M bagi menyediakan laporan tabika serta minit mesyuarat dan turut menggunakan perkhidmatan internet yang disediakan di PI1M. Beliau juga merupakan salah seorang peminjam Netbook 1Malaysia di PI1M Felda Bukit Puchong.

sarina2

Sebagai seorang guru tabika, kemahiran komputer merupakan elemen yang sangat penting pada masa kini. Sebelum menjadi ahli PI1M, Pn. Sarina kekurangan kemahiran terutamanya bagi mengendalikan aplikasi lembaran kerja (Mic Excel) yang memerlukan beliau untuk menyediakan laporan dan rekod seperti rekod pembelian makanan bagi kanak-kanak tabika serta rekod pelajar.

sarina3

Melalui tunjuk ajar dari petugas dari masa ke semasa beliau kini lebih mahir dalam menyediakan laporan dan mampu menyiapkan tugasan dengan teratur dan baik. Segala rekod dan laporan yang disiapkan tersusun dan beliau amat berpuas hati dengan bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh petugas

saberi6

Encik Saberi Bin Che Mud adalah usahawan muda tempatan yang melibatkan diri dalam perniagaan perkhidmatan memperbaiki kenderaan kecil dan besar atau kereta dan lori sejak tahun 2010.

Penglibatan beliau dengan pihak Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong adalah pada tahun 2013 dengan menjadi ahli di mana pihak Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong sedang mempromosi satu program yang di jalankan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi Malaysia atau SKMM iaitu Get Malaysian Business Online atau GMBO.

saberi7

Dalam program tersebut, pihak SKMM telah menawarkan geran pembangunan halaman web sebanyak RM 1000.00 kepada mana-mana usahawan yang berminat untuk mempromosikan perniagaan mereka di atas talian.

Di sini peranan Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong adalah dengan mengadakan beberapa bengkel atau kelas khas kepada usahawan yang terlibat seperti Asas Pembangunan Emel, Asas Penggunaan Facebook dan Asas Penggunaan Halaman Blog iaitu Wordpress.

saberi4

Pada tahun 2016, Encik Che Saberi Bin Che Mud telah terpilih menjadi usahawan Pemodenan Bengkel Automotif atau ATOM yang di anjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan.

Kini keadaan bengkel automotifnya telah berubah wajah dengan kelengkapan automosi automotif yang terkini dan seterusnya dapatlah Encik Che Saberi Bin Che Mud mempromosikan perniagaannya memperbaiki kenderaan pada masyarakat tempatan dan masyarakat di luar sana tentang kemampuan bengkelnya yang setandingan bengkel-bengkel sedia ada di kawasan bandar.

saberi3

Bagi yang berhajat untuk mendapatkan khidmat penyelenggaraan kereta dan lori bolehlah menghubungi Encik Che Saberi Bin Che Mud di talian atau whatapps nombor 0133109567.

Hanif2

Adik Hanif Bin Hashim merupakan salah seorang contoh usahawan muda di Felda Bukit Puchong yang sangat giat berniaga pelbagai produk kesihatan dan kecantikan secara online.

Untuk menterjemahkan perniagaan atas talian beliau sangat aktif mempromosikan dan menjual pelbagai produk menggunakan aplikasi media sosial seperti facebook dan instagram.

Hanif3

Bagi halaman facebook beliau,boleh layari https://www.facebook.com/Hanif_Ibnuhashim. Manakala halaman instagram pula https://www.instagram.com kosmetik_by_hanifhashim.

Hanif4

Beliau telah mula menjalankan perniagaan sejak 2 tahun yang lepas. Ini adalah kerana minat yang mendalam dalam dunia perniagaan disamping dapat menambah pendapatan beliau.

Pendapatan bulanan yang diperoleh adalah sekitar RM 200 – Rm 300 serta jumlah pelanggan adalah terhad sekitar Felda Bukit Puchong dan kawasan yang terdekat.

Hanif5

Melalui bantuan dan tunjuk ajar dari petugas, adik Hanif berjaya mempromosikan produk jualannya dengan baik secara online. Jualan produk turut bertambah dan jumlah pelanggannya turut meningkat. Pelanggan beliau kini bukan sahaja komuniti sekitar Felda Bukit Puchong, malah terdiri dari pelanggan luar daerah dan negeri turut mengetaui mengenai produk jualan beliau.

Beliau juga memanfatkan perkhidmatan internet di PI1M untuk mempelajari pelbagai teknik perniagaan secara online melalui video dan tutorial yang ditonton di laman youtube. Antara teknik yang dipelajari adalah menambah rakan / likers menggunakan teknik yang khusus di laman FB dan Instagram.