pakcikujud3

31 Oktober 2017, Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong.Pada tarikh terakhir atau pada 31 haribulan Oktober 2017, merupakan sesi ke-4, Pakcik Ujud atau nama sebenarnya Ujud Bin Taha menghadiri kelas Asas Internet yang di adakan di Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong.

Berusia 68 tahun, Pakcik Ujud masih segak dan bersemangat mengikuti kelas latihan yang telah di tetapkan oleh Pusat Internet 1Malaysia setiap minggu untuknya dan beliau sangat berdisplin dan komited dalam mengikuti jadual latihan tersebut.

Pada mulanya, sangkaan petugas Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong dalam gurauan mengajaknya untuk belajar dan melayari internet secara berseloroh telah di balas dengan persetujuan oleh Pakcik Ujud pada awal bulan Oktober 2017 dan semenjak itu pada setiap minggu kelas asas internet akan di buat khas untuknya kerana kami lihat tidak ramai warga emas atau seusia Pakcik Ujud berminat mempelajari internet.

pakcikujud2

Bagi mempermudahkan pemahaman beliau mengenai dunia internet, kami di PI1M Felda Bukit Puchong telah menyediakan beberapa modul khas pembelajaran untuk beliau dan ianya bermula dengan melayari halaman Youtube.

Pemilihan halaman Youtube dibuat untuk Pakcik Ujud adalah kerana halaman tersebut sangat mesra pengguna dan ianya mudah menarik minat sesiapa sahaja dan InshaAllah pada masa akan datang kami akan mendedahkan penggunaan internet secara total kepada Pakcik Ujud seperti pengguna emel, halaman sosial dan lain-lain lagi.

pakcikujud1