gerbangpuchong

FELDA BUKIT PUCHONG

Disebabkan kedudukan kawasan penempatan Felda yang agak tersorok dan tersisih sedikit dari penempatan lain, Felda Bukit Puchong pada awalnya agak sukar untuk menempatkan namanya dibibir orang Pahang sendiri (nama tempat yang jarang didengar) tetapi disebabkan transformasi yang konsisten dan kolektif dari peringkat pengurusan Felda dan generasi peneroka Felda pertama, maka nama Felda Bukit Puchong telah meniti dibibir dan sentiasa disebut-sebut disebabkan kejayaan demi kejayaan yang telah diraih diperingkat tempatan (Wilayah Felda) mahupun negeri Pahang sendiri.

gerbangpuchong2

lokasirumah

 

politikdanpentadbiran

politikdanpentadbiran2

politikdanpentadbiran3

 

SOALAN YANG BIASA DITANYA (FAQ)

Di manakah letaknya Felda Bukit Puchong?

pemandangan

Terletak berhampiran dengan Felda Bukit Mendi iaitu jaraknya hanya 4 km sahaja.

Selain Felda Bukit Mendi, terdapat juga kawasan penempatan Orang Asli iaitu Kampung Sungai Tuang yang berhampiran dengan Felda Bukit Puchong ini.

Kawasan penempatan Felda yang lain dan berhampiran dengan Felda Bukit Puchong adalah Felda Mengkuang (20 km) dan Felda Sungai Kemahal (15 km).

Bagaimana hendak ke sana?

pemandangan1

Gunakan pengangkutan awam seperti bas dan teksi.

Jika anda dari Temerloh, anda boleh menggunakan kedua-dua jenis pengangkutan ini. Pengangkutan tersebut akan melalui kawasan seperti Buntut Pulau-Durian Tawar-Kerayong-Triang-Mengkuang-Simpang Bukit Mendi Luar-Felda Bukit Mendi, seterusnya ke Felda Bukit Puchong. Jaraknya dianggarkan lebih kurang 60 km.

Jika anda dari Bahau, Negeri Sembilan, kawasan yang dilalui ialah Mahsan-Simpang Keratong-Gugusan Felda Lui-Kemayan-Simpang Bukit Mendi Luar-Felda Bukit Mendi seterusnya ke Felda Bukit Puchong. Jaraknya dianggarkan lebih kurang 55 km.

Apa yang menarik tentang Felda Bukit Puchong ini?

pemandangan2

Seperti penempatan kawasan Felda yang lain, pokok kelapa sawit adalah tanaman komoditi utama di sini, maka ianya seperti kedengaran agak biasa sahaja tetapi ada satu pekara yang paling menarik di sini khasnya kepada kaki pancing.

Sungai di sini boleh dianggap sebagai syurga ikan air tawar. Hal ini kerana terdapatnya ikan spesis Kelah, Tapah, Baung, Ubi (aka Ketutu aka Hantu/harga bagi sekilo adalah sebanyak RM 65-70) dan sebagainya. Ikan-ikan spesies ini masih banyak terdapat di kawasan sungai di sini. Tidak terlepas pandang juga lubuk-lubuk popular seperti Lubuk Hantu, Lubuk Pisang, Lubuk Batu, Lubuk Tok Janggut dan beberapa lubuk lain yang menjadi lapangan bermain spesies ikan ini dan boleh dikatakan ianya agak mencabar untuk dijinakkan, jadi tidak hairanlah jika terdapat sebilangan orang luar yang tahu tentang kewujudan Felda Bukit Puchong.

KAMPUNG FELDA BUKIT MENDI

  1. Jaraknya hanya 4 km daripada Felda Bukit Puchong.
  2. Mempunyai kemudahan asas yang banyak seperti :
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Bukit Mendi.
  4. Poliklinik Felda Bukit Mendi.
  5. Kilang Memproses & Penapis Minyak Sawit.
  6. Stesen minyak.

 

KAMPUNG SUNGAI TUANG (Perkampungan Orang Asli)

  1. Jaraknya hanya 3 km daripada Felda Bukit Puchong.
  2. Perkampungan masyarakat orang Asli yang moden.
  3. Hampir semua keseluruhan masyarakat orang Asli pernah mendapat pendidikan awal.
  4. Mendapat kemudahan infrastruktur yang sempurna seperti jalan raya, air bersih, elektrik dan bermacam-macam lagi.

kampungasli1

kampungasli2