0000000000000abc101

USAHAWAN PINTU GRIL DAN PERABOT BESI

Encik Rashid yang berasal dari Melaka dan telah bermaustatin di Felda Bukit Puchong hampir 3 tahun lamanya telah membuka satu perniagaan pembuatan pintu gril dan perabut yang berasaskan besi bersama-sama rakannya di sini.

Beliau sangat aktif memuatnaik foto hasil kerja tangannya di media sosial seperti facebook dan secara tidak langsung dapatlah beliau mempromosikan produk yang hasilkan bagi meluaskan jaringan perniagaan dan seterusnya mendapatkan pelanggan pada masa akan datang.

Produk –produk yang beliau hasilkan adalah seperti pintu gril, kabinet dapur, rak kasut dan ampaian besi dengan harga mampu milik dan berkualiti tinggi.

Selain daripada itu, beliau turut menawarkan perkhidmatan memotong rumput di rumah dengan harga yang murah.

Kepada seluruh warga penduduk Felda Bukit Puchong yang ingin mendapatkan perkhidmatan yang di sediakan oleh Encik Rasid, bolehlah menghubungi beliau di talian 0179458471 dan facebook di https://www.facebook.com/mohdrashid.acips

GAMBAR

0000000000000abc102

0000000000000abc103

0000000000000abc104

0000000000000abc105

0000000000000abc71

USAHAWANITA ROTI CANAI SEJUK BEKU

Kali ini, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDI) Felda Bukit Puchong ingin menampilkan seorang usahawanita iaitu Puan Ida atau nama penuhnya Norlida Binti Mohd Yatim yang mengusahakan produk makanan iaitu roti canai sejuk beku.

Perniagaan yang beliau usahakan ini adalah ketika negara kita sedang berada pada fasa kedua pandemik Covid-19 atau setahun yang lalu, di mana di antara kita ramai yang terjejas teruk dari segi pendapatan lebih-lebih lagi Puan Ida sebelum ini beliau merupakan seorang suri rumah sepenuh masa.

Berkat doa dan kesungguhannya untuk menambahkan pendapatan serta ekonomi keluarga, beliau tidak lagi menoleh kebelakang.Berbekalkan modal yang terhad dan resepi turun temurun keluarganya, Puan Ida telah menghasilkan roti canai sejuk beku.

Setelah hampir setahun beroperasi di rumahnya, produk makanan sejuk beku beliau telah mendapat sambutan yang agak baik dari penduduk Felda Bukit Puchong khususnya serta telah terjual hingga ke beberapa negeri seperti Kedah, Kelantan, Johor, Melaka, Perak dan Kuala Lumpur.

Selaras dengan matlamat Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDI) Felda Bukit Puchong untuk membantu usahawan-usahawan seperti Puan Ida ini, kami telah merangka beberapa modul yang sesuai untuk membantu Puan Ida seperti memberi konsultansi berkaitan rekabentuk bungkusan, pengiklanan dan pemasaran melalui platform media sosial seperti Instagram, Facebook, What Apps dan Tik Tok.

Dengan ini, dapatlah Puan Ida meningkatkan hasil jualan produk roti canai sejuk bekunya ke tahap yang lebih tinggi dan lumayan kerana setelah hampir setahun perniagaan yang beliau usahakan ini, beliau mampu meraih pendapatan kasar sebulan dalam RM 2,500.00 dan jumlah ini bakal menaik pada masa akan datang.

Kepada mana-mana yang berminat untuk merasai roti canai sejuk beku Puan Ida ini, bolehlah menghubungi beliau di talian atau What Apps 0179753110 atau di facebook :

https://www.facebook.com/norlida.btmohdyatim

GAMBAR

0000000000000abc72

0000000000000abc73

0000000000000abc74

0000000000000abc75

PRODUK TEMPATAN-KERISIK OPAH

kerisikopah0

Untuk paparan artikel dalam portal kami kali ini dalam segmen bagi produk tempatan, pihak PI1M Felda Bukit Puchong berbesar hati untuk mempromosikan produk dari Felda Bukit Puchong iaitu Kerisik Opah yang dikeluarkan oleh syarikat bumiputera iaitu Intan Bucut Enterprise.

Untuk pengetahuan pembaca sekelian Kerisik Opah keluaran syarikat tersebut merupakan produk yang sangat laris jualannya ketika menjelang sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha kerana kerisik yang di keluarkan oleh syarikat ini mempunyai rasa dan aroma yang unik seterusnya menjadikan rendang yang di masak selama berjam-jam ini akan bertukar menjadi satu hidangan rendang yang sedap untuk di nikmati.

kerisikopah1

Menurut pemilik produk Kerisik Opah ini iaitu Puan Intan, beliau mengatakan bahawa produk kerisik yang di hasilkan ini merupakan resepi turun menurun keluarga ibunya yang di turunkan kepada beliau.

kerisikopah2

Bagi memastikan resepi turun menurun ini di warisi dan berkekalan, beliau mengambil inisiatif sendiri untuk menghasilkan dan memasarkan kerisik tersebut secara kecil-kecilan dan beliau berharap dapat diberi peluang oleh pihak Jabatan Pertanian dan Pertubuhan Perladang Kawasan bagi mengeluarkan produk tersebut secara besar-besaran suuatu hari nanti.

Produk Kerisik Opah ini di datangkan dalam bungkusan 190 gram dan setiap satunya di jual dengan harga RM 3 sahaja dan kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba memasak rendang dengan menggunakan Kerisik Opah ini bolehlah menghubungi Puan Intan di talian 012-9513242.

kerisikopah3

(Dari kiri : Puan Intan dan di tengah pula ialah ibunya)

Bagi pihak PI1M Felda Bukit Puchong, produk Kerisik Opah ini sangat di rokemendasi kerana penulis sendiri pernah mencuba kerisik ini kerana berjaya menjadikan masakan rendang sedap bagi cubaan kali pertama memasaknya.

 

PRODUK TEMPATAN : PEKASAM WARISAN

 perkasam2

Ikan pekasam bukan lah makanan baru dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Ia merupakan makanan tradisional turun temurun yang dihasilkan dari ikan air tawar yang ditangkap dari sungai, tali air dan sawah padi. Hidangan ikan pekasam mampu menggamit selera sekiranya dimasak dalam pelbagai cara dan resepi.

midah5

Kini produk ikan pekasam telah berjaya menempa nama di dalam pasaran negara kita Malaysia. Pn. Hamidah Binti Muhamud Zin, 32 tahun merupakan antara pengusaha ikan pekasam yang telah berjaya mengetengahkan produk ikan pekasamnya ke pasaran luar. Hasil latihan dan bimbingan dari Jabatan Pertanian Bera dan Peladang Daerah Bera, produk ikan pekasan Pn Hamidah telah diberi penjenaman di bawah Produk Bera Best. Apa yang membanggakan, pada tahun 2014 yang lalu Pn Hamidah merupakan antara ribuan usahawan yang terlibat dalam mempromosi dan menjual produk ikan pekasamnya di dalam Program MAHA 2014.

midah7

Kemudahan dan latihan ICT yang disediakan di PI1M Felda Bukit Puchong telah dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh Pn Hamidah apabila terlibat dalam Program Pengguna Bijak & Keusahawanan, Program Latihan Membina Laman Web (Wordpress) dan latihan asas komputer. Pn Hamidah turut memanfaatkan aplikasi media sosial (Facebook) bagi mempromosi serta menjual produknya kepada para pelanggan. Pn Hamidah juga mempunyai pengedar produk ikan pekasam di sekitar Melaka, Perak, Pahang, Johor dan Negeri Sembilan bagi mempromosi dan menjual ikan pekasam. Khidmat nasihat dan bimbingan dari petugas PI1M Felda Bukit Puchong turut membakar semangat Pn Hamidah untuk terus maju sebagai usahawanita yang berjaya. Terkini, Pn Hamidah telah menghasilkan satu lagi produk pekasam iaitu pekasam daging dan ia turut mendapat sambutan yang positif dari pelanggan.  

perkasam1

PRODUK : PEKASAM WARISAN

DIKELUARKAN OLEH : SHAMIDA BERKAT MAJU ENTERPRISE

NAMA USAHAWAN : PUAN HAMIDAH BINTI MUHAMUD ZIN

ALAMAT : NO.367,FELDA BUKIT PUCHONG,28300 TRIANG.PAHANG

TELEFON : 09-2459392/017-6337107/012-9089520

 

 

0000000000000abc35

ROTI CANAI TELAGA AJAIB

Bagi yang ingin mencuba kelainan variasi roti canai sedia ada pada setiap pagi bagi sarapan bolehlah mencuba roti canai sarang burung yang berharga RM3.00.Roti canai sarang burung ini adalah roti canai yang di cipta dan di popularkan oleh Encik Norman Bin Ali.

Encik Norman telah mengusahakan perniagaan roti canai ini sejak setahun yang lalu atau lebih tepat apabila pandemik Covid-19 melanda negara kita di mana banyak premis-premis makanan terutamanya di tutup dan menyebabkan masyarakat kampung susah untuk mendapatkan sarapan pagi.

Oleh itu, Encik Norman telah mengambil inisiatif untuk memudahkan masyarakat kampung dengan memulakan perniagaan roti canai ini.Segala urusan pembelian di lakukan dengan tempahan melalui aplikasi What Apps dan mesej telefon.Secara tidak langsung pelanggan yang ingin menikmati roti canai yang di hasilkan oleh Encik Norman ini tidak perlu bersesak-sesak seterusnya sop penjarakan sosial dapat di jaga dan di kawal.

Selain itu, Encik Norman turut menghasilkan produk roti canai sejuk beku,roti canai biasa dan telur dan roti tisu dan kepada sesiap yang berminat bolehlah menghubungi beliau menggunakan aplikasi What Apps atau facebook di talian +60177808115.

0000000000000abc32

0000000000000abc33

0000000000000abc34