USAHAWANITA ROTI CANAI SEJUK BEKU
Kali ini, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDI) Felda Bukit Puchong ingin menampilkan seorang usahawanita iaitu Puan Ida atau nama penuhnya Norlida Binti Mohd Yatim yang mengusahakan produk makanan iaitu roti canai sejuk beku.
Perniagaan yang beliau usahakan ini adalah ketika negara kita sedang berada pada fasa kedua pandemik Covid-19 atau setahun yang lalu, di mana di antara kita ramai yang terjejas teruk dari segi pendapatan lebih-lebih lagi Puan Ida sebelum ini beliau merupakan seorang suri rumah sepenuh masa.
Berkat doa dan kesungguhannya untuk menambahkan pendapatan serta ekonomi keluarga, beliau tidak lagi menoleh kebelakang.Berbekalkan modal yang terhad dan resepi turun temurun keluarganya, Puan Ida telah menghasilkan roti canai sejuk beku.
Setelah hampir setahun beroperasi di rumahnya, produk makanan sejuk beku beliau telah mendapat sambutan yang agak baik dari penduduk Felda Bukit Puchong khususnya serta telah terjual hingga ke beberapa negeri seperti Kedah, Kelantan, Johor, Melaka, Perak dan Kuala Lumpur.
Selaras dengan matlamat Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDI) Felda Bukit Puchong untuk membantu usahawan-usahawan seperti Puan Ida ini, kami telah merangka beberapa modul yang sesuai untuk membantu Puan Ida seperti memberi konsultansi berkaitan rekabentuk bungkusan, pengiklanan dan pemasaran melalui platform media sosial seperti Instagram, Facebook, What Apps dan Tik Tok.
Dengan ini, dapatlah Puan Ida meningkatkan hasil jualan produk roti canai sejuk bekunya ke tahap yang lebih tinggi dan lumayan kerana setelah hampir setahun perniagaan yang beliau usahakan ini, beliau mampu meraih pendapatan kasar sebulan dalam RM 2,500.00 dan jumlah ini bakal menaik pada masa akan datang.
Kepada mana-mana yang berminat untuk merasai roti canai sejuk beku Puan Ida ini, bolehlah menghubungi beliau di talian atau What Apps 0179753110 atau di facebook :
https://www.facebook.com/norlida.btmohdyatim
GAMBAR