0000000000000abc111

HOSPITAL BERA MULA OPERASI 1 JULAI 2022.

Hospital Bera akan mula beroperasi secara rasmi pada 1 Julai 2022 ( Jumaat ) Jam 8 Pagi. Pembukaan Hospital Bera akan dibuat secara berfasa. Pengoperasian Fasa 1 ini akan melibatkan pembukaan Unit Kecemasan Dan Trauma yang beroperasi 24 Jam sehari terutama pada kes kemalangan jalan raya.

Walaubagaimana pun, bagi kes-kes kecemasan atau temujanji rawatan doktor pakar, pesakit-pesakit hendaklah merujuk ke Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh.

Kapasiti Hospital Bera ini hanya mampu menampung 40 katil sahaja di mana beberapa unit rawatan seperti Hemodialisis dengan kapasiti rawatan dialysis sebanyak 42 mesin dan Dewan Ibu Bersalin yang tiada kes-kes kecemasan akan di buka berperingkat.

Seterusnya dengan bermulanya operasi Hospital Bera ini akan memudahkan masyarakat terutama dari Daerah Bera untuk mendapatkan rawatan perubatan kerana jaraknya yang sangat dekat.

Bagi yang ingin mendapatkan rawatan dan temujanji, bolehlah menghubungi Talian Telefon Hospital : 092509323 / 092509676 dan bagi Unit Kecemasan Dan Trauma : 092509297

 0000000000000abc107

GERAK GEMPUR ADVOKASI HFMD DAERAH BERA

Pada 20 Jun 2022 yang lalu, Jabatan Kesihatan Daerah Bera telah melakukan program Gerak Gempur Advokasi HFMD di seluruh sekolah rendah di dalam daerah Bera, ini termasuklah Sekolah Rendah Kebangsaan Felda Bukit Puchong.

Selain daripada sekolah rendah, JKN Daerah Bera turut sama pergi ke maahad tahfiz, tabika, taska dan juga pusat jagaan kanak-kanak serta masjid.

Tujuan utama program ini di buat adalah untuk memastikan mereka iaitu ibubapa, guru dan pengasuh kanak-kanak mendapat maklumat yang secukupnya berkaitan penyakit HFMD seterusnya mencegah penularan HFMD melibatkan kanak-kanak tersebut.

Ini adalah kerana kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri Pahang telah meningkat enam kali ganda iaitu 1,145 kes sehingga 7 Mei lalu berbanding hanya 190 kes dalam tempoh sama tahun 2021.

GAMBAR

0000000000000abc106

PERMOHONAN VAKSINISASI COVID-19 FASA KEDUA TELAH DI BUKA

Permohonan vaksinisasi Covid-19 Fasa Ke-2 telah pun di buka beberapa hari yang lalu, oleh itu kepada warga Felda Bukit Puchong yang ingin memohon suntikan vaksin tersebut boleh memuat turun aplikasi MySejahtera di telefon masing-masing dengan mengikuti kaedah yang telah di sediakan atau datang ke Pusat Internet Felda Bukit Puchong bagi memndapatkan bantuan teknikal.

KAEDAH PERTAMA : KLIK PADA IKON COVID-19 VACCINATION

000000000000abc13

 

KEDUA : KLIK PADA VACCINE FOR (NAMA PEMOHON)

000000000000abc12

 

 KETIGA : JAWAB SOALAN YANG TELAH DI BERI

000000000000abc11

 TERAKHIR : KLIK SUBMIT

 

000000000000abc10

000000000covid2

ANDA DINASIHATKAN:

TIDAK PERLU BERKUNJUNG ATAU MASUK JIKA TIADA URUSAN.

TIDAK MEMBAWA KANAK-KANAK MASUK KE PUSAT INTERNET.

TIDAK PERLU BERKUNJUNG ATAU MASUK JIKA MEMPUNYAI MASALAH KESIHATAN TERUTAMANYA BERKAITAN DENGAN PERNAFASAN.

TIDAK MASUK JIKA HANYA UNTUK MENONTON VIDEO DI YOUTUBE ATAU SEBAGAINYA.

TIDAK BERSENTUHAN DENGAN PENGUNJUNG YANG LAIN.

URUSKAN MASA ANDA SEMASA MENGUNJUNG PUSAT INTERNET UNTUK URUSAN YANG PENTING SAHAJA.

PASTIKAN MENGIKUT LANGKAH-LANGKAH PEMBERSIHAN YANG DIANJURKAN OLEH PIHAK KEMENTERIAN KESIHATAN DAN MAJLIS KESELAMATAN NEGARA.

BERDISIPLIN DENGAN USAHA PENCEGAHAN PENULARAN CORONA VIRUS (COVID-19)

Harap Maaf, Kesulitan Amatlah dihargai demi tanggungjawab bersama