001jomsihat5

TARIKH : 23 DISEMBER 2018

MASA : 08.00 PAGI – 01.00 PETANG

LOKASI : PUSAT INTERNET FELDA BUKIT PUCHONG

PESERTA : SELURUH KOMUNITI PENDUDUK FELDA BUKIT PUCHONG

PROGRAM : JOM SIHAT BERSAMA PUSAT INTERNET FELDA BUKIT PUCHONG

TUJUAN    

Program JOM SIHAT BERSAMA PUSAT INTERNET FELDA BUKIT PUCHONG adalah bertujuan untuk melahirkan warga komuniti yang peduli tentang penjagaan kesihatan diri di samping peduli dengan kepentingan menguasai teknologi maklumat dengan menggunakan internet.

AKTIVITI

Bagi memeriahkan program ini, pihak Pusat Internet Felda Bukit Puchong melalui Ahli Jawatankuasa Pusat Internet telah berkerjasama dengan Jabatan Kesihatan Daerah Bera khasnya Pegawai Perubatan iaitu Doktor Visnavaram telah bersetuju untuk menjadi fasilitator program tersebut.

Di mulakan dengan aktiviti senamrobik oleh kakitangan Jabatan Kesihatn Daerah Bera bersama dengan warga penduduk Felda Bukit Puchong dan seterusnya aktiviti pemeriksaan kesihatan kepada peserta program ini.

Slot ceramah kesihatan pula mengambil tempat di mana ia di sampaikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Bera iaitu Doktor Visnavaram yang mana beliau ini adalah individu yang tidak asing lagi bagi warga penduduk Felda Bukit Puchong kerana beliau bertugas di Klinik Kesihatan Felda Bukit Mendi.

Selain daripada itu, pihak Pusat Internet Felda Bukit Puchong turut mengadakan sesi Demo Makanan Berkhasiat, Booth Pameran, Jualan Usahawan dan Kuiz Kesihatan.

Bagi menggalakan penyertaan warga penduduk, kami turut mengadakan pertandingan Menu Sihat, Gubahan Buahan, Reka Poster Kesihatan, Boling Kelapa, Dekorasi Donut dan Jahitan Bantal Viral.

FOTO

001jomsihat6

001jomsihat7

001jomsihat1

001jomsihat2

001jomsihat3

001jomsihat4