rela1

2 Mei 2011,Dewan Orang Ramai Felda Bukit Puchong. Atas inisiatif MBF (Majlis Belia Felda) Cawangan Felda Bukit Puchong dan disokong pula oleh Pejabat Belia Daerah Bera serta Rela Cawangan Daerah Bera telah menganjurkan kursus dan taklimat asas RELA kepada golongan belia diseluruh daerah Bera.

Kursus sebegini adalah julung-julung kalinya dianjurkan oleh  RELA Cawangan Daerah Bera dan memberi sepenuh kepercayaan kepada unit RELA Kampung Felda Bukit Puchong untuk menjayakan program tersebut sebagai  hos atau tuan rumah.Seramai 80 orang belia yang datang dari seluruh Daerah Bera telah menyertai kursus ini yang bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta atau bakal-bakal RELAWAN tentang kursus lanjutan yang bakal mereka ikuti di Kem Latihan Pusat RELA Cawangan Timur di Besut Terengganu pada 4 Mei 2011 kelak (selama seminggu).

rela2

Rata-rata peserta agak teruja dengan kursus dan taklimat asas ini kerana mereka-mereka ini terdiri dari ahli atau kadet baru RELA di kampung masing-masing.Lebih teruja lagi,mereka dikehendaki berkawad selama 1 jam bagi dinilai potensi mereka kelak seterusnya diajar dengan displin kawad yang sebenar.

Acara yang bermula pada pukul 08.00 pagi berakhir pada pukul 04.30 petang dan majlis ini turut dimeriahkan lagi dengan kedatangan Yang Berhormat En.Fadil Bin Osman,ADUN Kemanyan selaku individu yang bertanggungjawab menutup majlis yang bermakna ini.