0000000000000abc112

KEDAI GUNTING HIPSTER AZMI MOHD

Kedai gunting rambut hipster Azmi Mohd atau lebih di kenali sebagai Amy Village Barbershop mula beroperasi sejak pandemik Covid-19 melanda negara Malaysia pada tahun 2019.

Di sebabkan kesukaran penduduk Felda Bukit Puchong untuk mendapatkan perkhidmatan menggunting rambut ketika itu, Encik Azmi Mohd memberanikan diri, berbekal pengalamannya menggunting rambut beliau berjaya membuka kedai gunting rambutnya.

Gaya potongan rambut yang moden atau hipster yang di gayakan sendiri oleh Encik Azmi ini, membuatkan ramai golongan remaja di kawasan Felda Bukit Puchong, Bukit Mendi dan Felda Sungai Kemahal berminat untuk mendapatkan perkhidmatan beliau.

Satu faktor yang membuatkan perkhidmatan menggunting rambut ini mendapat sambutan yang menggalakan adalah, operasi kedai beliau ini di buka dari pukul 10.00 pagi hingga lewat pukul 10.00 malam.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan gunting rambut Encik Azmi, bolehlah menghubungi beliau di nombor 012-3430423 bagi membuat temujanji atau di facebook beliau di www.facebook.com/Azmi Mohd.

GAMBAR

0000000000000abc113

PROGRAM KEUSAHAWANAN ONLINE PUSAT INTERNET-SIRI 2

Pada 15 Ogos 2020 yang lalu, Pusat Internet Felda Bukit Puchong telah mengadakan Program Keusahawanan Online Siri Ke-2 dan program ini di adakan adalah bertujuan untuk mengembangkan lagi cabang perniagaan usahawan-usahawan yang telah di bantu dan di bimbing selama ini oleh Pusat Internet Felda Bukit Puchong mengorak langkah dalam menggunakan platform pasaran yang lagi besar seperti Lazada dan Shopee.

Berbeza sedikit untuk siri ke-2 ini, rata-rata usahawanita yang menghadiri Program Keusahawanan Online adalah terdiri daripada usahawan-usahawan yang terlibat dalam menghasilkan produk hiliran asastani iaitu sektor pembuatan makanan seperti penghasilan kerepek pisang dan ubi, ikan atau daging perkasam dan lain-lain lagi.

Dengan adanya Program Keusahawanan Online ini, kami berharap dapatlah usahawan-usahawan yang terlibat mengembangkan lagi perusahaan dan meningkatkan lagi hasil jualan dengan menggunakan platform seperti Lazada dan Shopee ke satu tahap yang boleh di banggakan serta membantu meningkatkan ekonomi keluarga masing-masing.

000000000abc5

000000000abc6

000000000abc7

000000000abc8

Usahawanita : Puan Rohani Binti Mohd Noor

Seorang surirumah ( Rohani Mohd Noor ) yang menjalankan perniagaan produk kesihatan dan kecantikan Produk Snow White. Dengan menggunakan platform media Sosial (FB & Whatsapp) beliau bermula sebagai Dropship pada tahun 2015 hingga kini berjaya menjadi stokis dan menjana pendapatan sehingga 5 angka setiap bulan.

 

 

USAHAWAN PUSAT SERVIS DAN CUCI KERETA

NAMA : SAFFIAN BIN SARIF

USAHAWAN: PUSAT SERVIS DAN CUCI SS SPEEDWASH

Setelah hampir sepuluh tahun Encik Safian Bin Sarif bergelumang dalam bidang dan sektor pembinaan pencakar langit di ibu kota sebagai seorang pemandu kren dengan nekad dan tekad beliau beranikan diri terjun ke bidang perniagaan dalam mengusahakan Pusat Servis Dan Cuci Kereta SS Speed Car Wash dengan bermodalkan wang terkumpul semasa bekerja dahulu di ibukota,

Encik Safian boleh di katakan sebagai seorang yang mempunyai cita-cita tinggi dan visi dalam perniagaan kerana beliau pandai dalam membuat keputusan di mana kedudukan Pusat Servis Dan Cuci Kereta SS Speed Car Wash terletak di kawasan tumpuan orang ramai dimana kedudukan kedainya bertentangan dengan sebuah pusat beli belah iaitu TF Value Mart,Bera.

Di mana, baru sebulan kedainya beroperasi Pusat Servis Dan Cuci Kereta SS Speed Car Wash telah menjadi terkenal sekelip mata dengan promosi atas talian melalui aplikasi What Apps dan Facebook.

Rata-rata pelanggannya adalah terdiri daripada pelanggan pusat beli belah TF Value Mart,Bera, yang menghantar kereta untuk diservis dan di cuci dan dalam masa yang sama pelanggan ini dapatlah membeli belah di TF-Value Mart.Setelah selesai membeli –belah,kereta yang di hantar untuk diservis dan di cuci telah siap tanpa perlu di tunggu dan ini adalah sesuatu inisiatif yang bagus kepada pelanggan kerana ia dapat menjimatkan banyak masa.

Operasi Pusat Servis Dan Cuci Kereta SS Speed Car Wash bermula pukul 10.00 pagi dan tutup pada pukul 07.00 malam dan Encik Safian di bantu oleh 2 pekerja tetapnya.

Petugas Pusat Internet Felda Bukit Puchong berhajat untuk melonjakkan lagi jualan dan servis

Pusat Servis Dan Cuci Kereta SS Speed Car Wash dengan menggunakan beberapa modul yang bakal di ajar dan di latih seperti aplikasi media sosial iaitu what apps,facebook dan instagram pada masa akan datang.

Selain daripada itu, beberapa modul lain turut di rancang oleh pihak Pusat Internet Felda Bukit Puchong bagi kemudahan Encik Safian untuk di kuasai seperti Asas Grafik Photoshop dan Myshop.

0000000pian1

0000000pian2

0000000pian4

0000000pian5

0000000pian6

0000000pian7

0000000pian8

 

Usahawanita : Puan Hamidah Binti Muhamud Zin

Pn. Hamidah Muhamud Zin merupakan seorang surirumah dan pengusaha produk makanan dan coklat homemade yang mendapat bimbingan dan tunjuk ajar dari Pusat Internet Felda Bukit Puchong sehinggalah beliau berjaya mengembangkan perniagaan atas talian dengan membuka laman perniagaan Shamida Berkat Maju.