Usahawanita : Puan Hamidah Binti Muhamud Zin

Pn. Hamidah Muhamud Zin merupakan seorang surirumah dan pengusaha produk makanan dan coklat homemade yang mendapat bimbingan dan tunjuk ajar dari Pusat Internet Felda Bukit Puchong sehinggalah beliau berjaya mengembangkan perniagaan atas talian dengan membuka laman perniagaan Shamida Berkat Maju.

 

Iwan2

Encik Mohd Ridzwan Bin Yusof telah terlibat dalam bidang keusahawanan kedai runcit sejak tiga tahun lepas atau pada tahun 2016.

Dengan berbekalkan modal sendiri, beliau memberanikan diri untuk menceburi bidang perniagaan kedai runcit walaupun terpaksa bersaingan dengan kedai-kedai runcit yang telah lama beroperasi di Felda Bukit Puchong.

Alhamdulilah berkat kesabaran dan doa dari keluarga dan rakan-rakan, beliau kini di kenali sebagai salah satu usahawan kedai runcit yang boleh di katakan berjaya dan mampu menampung keluarganya dari hasil kedainya dengan usaha beliau sendiri.

Iwan1

Keunikan perkhidmatan kedai runcit beliau ini adalah, masa operasi yang lama atau kedai runcitnya akan di tutup pada pukul 01.00 pagi setiap hari seterusnya membolehkan para pelanggan mendapatkan apa juga keperluan barangan walaupun telah lewat dan selain daripada itu, barangan atau produk runcitan yang sangat laris ialah produk ayam pedaging segar dan halal.Ini kerana ayam pedaging tersebut di ternak sendiri dan di sembelih oleh ayahnya yang merupakan Imam Masjid Insaniah Felda Bukit Puchong.

Iwan4

Kemampuan operasi sampai lewat malam kedai Saudara Ridzwan ini adalah kerana beliau juga telah di bantu oleh dua orang pembantu kedai yang bertugas secara giliran pada setiap hari dan maka tidak hairanlah kedainya menjadi kedai pilihan penduduk di Felda Bukit Puchong kerana rata-rata operasi kedai runcit sedia ada akan tutup pada sekitar pukul 08.00 dan 10.00 malam.

Penglibatan usahawan muda ini dengan pihak Pusat Internet Felda Bukit Puchong, beliau sering mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar terutama dalam penggunaan media sosial.Selain daripada itu Encik Ridzwan pernah belajar untuk menguruskan akaun aliran pendapatan harian dan bulanan bagi kedai runcitnya agar pengurusan hasil pendapatan sistematik.

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Bukit Puchong dan konsultansi berterusan dari pihak Pusat Internet terutama dalam memperluaskan dan promosi perniagaan beliau melalui media sosial seperti facebook,instagram dan aplikasi telefon what apps, kini pendapatan kasar bulanan beliau boleh mencecah sehingga RM 2500 – RM 3500 sebulan (kasar).

Iwan3

 

00sham1

Puan Shamsina Binti Wahab telah terlibat dalam perniagaan makanan tradional dan moden ini sejak 18 tahun yang lalu di Kota Tinggi, Johor.

Kini Puan Shamsina dan keluarga telah berpindah dan bermaustatin tetap di kampung kelahiran beliau iaitu Felda Bukit Puchong.

Semenjak bermaustatin di kampungnya, beliau tanpa berlengah masa terus berniaga secara kecil-kecilan di mana beliau telah menjual bubur ayam sebagai produk utama jualannya serta beberapa jenis kuih tradisional seperti kuih bakar dan lain-lain lagi.

00sham3

00sham4

00sham5

00sham6

Di sebabkan bubur ayam dan beberapa kuih yang beliau hasilkan sangat sedap dan mendapat sambutan yang hangat oleh penduduk kampung Felda Bukit Puchong, nama beliau terus di kenali dengan cepat dan hasil jualannya sangat laris.

Selain daripada itu, Puan Shamsina turut menerima tempahan kuih-muih tradisional dan moden untuk majlis kenduri dan beberapa majlis keraian yang lain.

00sham2

Selain daripada itu, Puan Shamsina amat peka dengan penggunaan media sosial seperti facebook dan lain-lain lagi bagi menaikkan reputasi perniagaan yang beliau usahakan di mana beliau menggunakan platform facebook dan ternyata langkah yang beliau ambil tersebut membuah hasil yang lumayan sekali di mana rakan-rakan dalam senarai akauan facebook beliau menjadi pelanggan setia perniagaan beliau sehingga kini.

Setelah mengaturkan perjumpaan dengan pihak Pusat Internet Felda Bukit Puchong dengan Puan Shamsina, kami lihat terdapat beberapa slot yang boleh di isi untuk merealisasi kelestarian perniagaan Puan Shamsina pada masa akan datang di mana beberapa modul seperti Asas Grafik Photoshop, Penggunaan Media Sosial seperti Facebook dan Instagram, Modul Pusat Internet iaitu Myshop menjadi intipati kerjasama Pusat Internet Felda Bukit Puchong dan Puan Shamsina untuk Berjaya pada masa akan datang.

00qudin1

Encik Mohd Khairuddin Bin Tahir atau lebih senang di panggil Cik Kudin telah terlibat dalam perkhidmatan menggunting rambut kira-kira pada tahun 2012.Bermula sebagai perantis atau pelatih kedai gunting di Bandar Triang beliau secara perlahan-lahan mula menyerap ilmu dan cara menggunting selama 2 tahun dengan gurunya sebelum beliau membuka kedainya di premisnya sendiri.

Perniagaan yang beliau usahakan ini turut di sokong dan di bantu oleh keluargnyaa dengan menyediakan modal permulaan seperti membina kedai dan pembelian beberapa peralatan untuk mengguning rambut.

Untuk pengetahuan, kedai gunting Cik Kudin ini sangat hampir dengan Pusat Internet Felda Bukit Puchong dan secara tidak langsung, petugas Pusat Internet Felda Bukit Puchong selalu memerhatikan prestasi kedai guntingnya yang mendapat sambutan hangat dari penduduk Felda Bukit Puchong dan Felda Bukit Mendi iaitu felda berhampiran.

Permintaan mendadak terhadap servis atau perkhidmatan menggunting rambut yang pihak Cik Kudin sediakan adalah pada musim cuti sekolah dimana pelajar sekolah rendah dan menengah akan memastikan rambut mereka kemas dan pendek sebelum sesi persekolahan bermula.

00qudin3

00qudin2

Selain daripada itu, Encik Mohd Khairuddin turut menternak lembu sebagai punca menambahkan pendapatannya.

Bagi melonjakkan perniagaan beliau, terutama dalam mempromosikan perniagaan yang beliau usahakan, Encik Khairuddin tidak malu untuk berjumpa dengan pihak Pusat Internet Felda Bukit Puchong bagi menguasai dan mempelajari penggunaan media sosial seperti facebook dan aplikasi What Appsi bagi menaikkan reputasi perniagaan.

Selain daripada itu, Encik Khairuddin turut mempelajari beberapa modul seperti Asas Grafik Photoshop, Penggunaan Media Sosial seperti Facebook dan Instagram, Modul Pusat Internet iaitu Myshop menjadi intipati kerjasama Pusat Internet Felda Bukit Puchong turut di selitkan dalam sesi tersebut.

0ku4

Encik Khairuddin Bin Mohd Yusof atau lebih mesra di sapa Abang Kilex oleh para pelanggan setianya telah menceburi bidang perniagaan mengetuk dan mengecat kereta sejak dari tahun 2004/2005 di ruang bengkel rumahnya setelah tamat belajar di Pusat Giat Mara Mentakab pada tahun sebelumnya.

Berumur hampir 35 tahun dan masih bujang dan di fahamkan bahawa Abang Kilex ini merupakan seorang usahawan berstatus OKU atau Orang Kurang Upaya-Fizikal.

0ku1

Dengan kegigihan dan ketekunan beliau mengharungi cabaran dan liku-liku perniagaan mengetuk dan mengecat, kini Abang Kilex boleh berbangga dengan usaha gigihnya kerana masih bertahan selama 14 tahun.

Pada awal tahun 2018, Abang Kilex nekad untuk mengembangkan lagi perniagaannya dengan membuka kedai atau bengkel yang di sewa dengan Majlis Daerah Bera di Kawasan Perindustrian Kecil dan Sederhana yang terletak di Simpang Besar Felda Bukit Mendi bagi meneroka pasaran yang lebih luas.

0ku3

Selain daripada itu, Abang Kilex turut melahirkan rasa berterima kasih kepada Jabatan Tenaga Kerja melalui Kementerian Sumber Manusia kerana telah sudi menjadikan beliau sebagai salah seorang peserta SGBP-OKU atau Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya dengan memberi beberapa kelengkapan dan keperluan bengkel.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan servis mengetuk dan mengecat kereta sekitar Daerah Bera, bolehlah menghubungi Abang Kilex di talian mudah alih 019-9786847.

0ku2