taklimatlembu1

Pada 08 Februari 2017 yang lalu, bertempat di Pejabat JKKK Felda Bukit Puchong telah berlangsungnya mesyuarat fasa terakhir Program My Kampung My Future bagi usahawan penternakan lembu dengan pihak penyelaras iaitu Jabatan Perkhidmatan Veterinar daerah Bera.

Tujuan mesyuarat ini di adakan adalah untuk memberi taklimat terakhir pihak Jabatan Veterinar yang di ketuai oleh Encik Osman Bin Jusoh kepada peserta fasa 2 iaitu usahawan yang terpilih tentang akujanji yang telah di persetujui bersama-sama dan penyelarasan lojistik makanan dan ternakan yang bakal tiba pada penghujung bulan Februari 2017.

taklimatlembu2

Selain daripada itu, Encik Osman turut memperkenalkan kontraktor pembekal makanan ternakan untuk fasa 2 ini iaitu Encik Noorhisham iaitu Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan Bera.Rasionalnya pemilihan PPK Bera untuk tender membekalkan bahan makanan ternakan adalah kerana pihak PPK Bera merupakan kontraktor tunggal yang boleh memberi harga termurah setakat ini.

Selain daripada itu, Encik Osman turut mengingatkan kepada semua peserta program ini tentang tarikh logistik penghantaran makanan ternakan yang mungkin berlaku pada 16 Februari 2017 dan berharap peserta bersiap sedia.