EKO PELANCONGAN, AGRO PELANCONGAN DAN INAP DESA

puchong2 

Walaupun kampung ini tidak memiliki kawasan menarik seperti tempat-tempat bersejarah, tempat peranginan kawasan tanah tinggi atau pantai pelancongan, JKKK Felda Bukit Puchong masih mempunyai beberapa produk pelancongan yang belum diterokai sepenuhnya seperti projek Eko Pelancongan, Agro Pelancongan dan Homestay.

Bagi yang datang dari luar kawasan negeri Pahang, pengalaman merasai sendiri proses menuai hasil ladang kelapa sawit dari pokok hingga menjadi minyak sawit sudah pasti menjanjikan suatu pengalaman dan pengetahuan yang menakjubkan.

pemandangan

 

EKO PELANCONGAN

 Melihat sendiri piagam antarabangsa yang diamalkan oleh pengurusan FELDA terhadap penjagaan alam sekitar. Merasai pengalaman menghirup udara segar tanpa pencemaran.

puchongberguling

Bagi kaki pancing pula, sungai Triang umpama misteri yang perlu di bongkarkan kerana melalui rekod-rekod yang lalu hasil perut sungai ini atau ikan yang pernah di tawan seperti ikan Kelah, Patin, Baung dan lain-lain lagi sudah tentu tempat ini akan menjanjikan kepuasan yang terbaik.

sungaitriang1

sungaitriang2

 

AGRO PELANCONGAN

Sepintas lalu ntuk pengetahuan umum, negeri Pahang adalah pengeluar daging ruminan, khususnya lembu yang terbesar di Malaysia. Di Felda Bukit Puchong sahaja boleh dianggarkan lebih kurang 1500 lembu di ternak secara separa intensif (separuh di kandang dan separuh lagi dilepaskan meragut sendiri).

mkmf6

Walaupun penternakan ini tidaklah dijalankan secara intensif seperti fasiliti ladang-ladang lembu yang canggih, pengalaman mengembala lembu, kerbau dan kambing seperti filem koboi sudah tentu menjanji pengalaman yang berharga walaupun hanya menunggang motosikal.

Rasai sendiri pengalaman meriah penyembelihan lembu dan kerbau sewaktu tibanya Hari Raya Puasa dan Haji (boleh mencecah ratusan ekor lembu atau kerbau dalam satu-satu musim).

mkmf4

 

INAP DESA FELDA BUKIT PUCHONG

homestay

Pada tahun 2012, selepas bertahun tahun lamanya pihak JKKK Felda Bukit Puchong merancang untuk merebut peluang menjana pendapatan sampingan dalam projek inap desa atau homestay akhir ia dapat di laksanakan.

Secara rasionalnya, projek inap desa ini dicadang dan dibawa ke pengetahuan pengurusan JKKK Felda Bukit Puchong kerana hampir setiap 2 tahun sekali, Kg. Felda Bukit Puchong akan menyertai program anak angkat yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Pahang.

 homestay1

Rata-rata peserta yang mengikuti program ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar yang datang dari seluruh negara dan mempunyai latarbelakang keluarga yang berbeza. Menurut satu pepatah Melayu ini, "Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama". Tinggalkan kesan yang mendalam dalam hati dan jiwa setiap peserta anak angkat ini supaya ingatan tulus ikhlas ini akan membawa mereka lagi ke sini.

Bagi sesiapa yang berminat untuk merasai pengalaman menghirup udara dan menginap di kawasan desa bolehlah kiranya menghubungi pihak JKKK Felda Bukit Puchong di talian 012-9513232 (Puan Intan) bagi mendapatkan pakej penginapan pada harga patut.InsyaAllah!