SUKANEKA DAN PESTA MUDA MUDI FELDA BUKIT PUCHONG

Pada tarikh 21 Oktober 2023, akan berlangsungnya 1 program dari Majlis Belia Felda Bukit Puchong (MBFM) dan Puteri UMNO Daerah Bera yang di kenali sebagai Sukaneka dan Pesta Muda Mudi.

Tujuan program ini di adakan adalah untuk membina dan mengeratkan hubungan silaturahim belia-belia atau generasi baharu belia yang tinggal di Felda Bukit Puchong khususnya.

Banyak aktiviti yang di sediakan seperti senamrobik, sukantara atau sukaneka dan pertunjukan band live.

Oleh itu, semua warga belia dan generasi baharu Felda Bukit Puchong di jemput hadir bagi memeriahkan acara tersebut.

GAMBAR

aaaaakelas85

KAWASAN RUKUN TETANGA SERI FELDA BUKIT PUCHONG JUARA FUTSAL JEMPUTAN

Pada tarikh 16/09/2023, KRT Seri Bukit Puchong menyahut jemputan untuk pertandingan Piala Pengurus FELDA Bukit Mendi dengan menghantar satu pasukan futsal yang terdiri daripada remaja-remaja Felda Bukit Puchong bagi memberikan saingan dalam pertandingan tersebut.

Setelah mengharungi beberapa perlawanan dalam peringkat kumpulan akhirnya pasukan ini telah berjaya untuk masuk ke perlawanan akhir.

Usai perlawanan akhir, pasukan KRTSBP telah berjaya merangkul gelaran johan dan dianugerahkan sebagai pasukan futsal terbaik pertandingan dan pasukan KRTSBP telah membawa pulang Piala Pusingan dan hadiah utama berupa wang tunai sejumlah rm500.Tahniah di ucapkan.

GAMBAR

aaaaakelas67

aaaaakelas68

aaaaakelas69

KEJOHANAN SUPER TAKRAW TERTUTUP FELDA BUKIT PUCHONG 2023

Kejohanan Super Takraw Tertutup Felda Bukit Puchong 2023 ini di anjurkan oleh organisasi Rukun Tetangga (KRT) Seri Bukit Puchong.

Program ini telah berlangsung pada 10 Jun 2023 yang lepas dan di bahagikan kepada 2 kategori iaitu Pelajar Sekolah Rendah dan Terbuka dewasa.

Hadiah untuk tempat pertama adalah wang tunai sebanyak RM 200.00 dan trofi, manakala tempat kedua pula adalah sebanyak RM 150.00 dan trofi dan temapat ketiga adalah sebanyak RM 80.00 dan trofi.

GAMBAR

aaaaakelas47

aaaaakelas48

aaaaakelas49

PERTANDINGAN WAU PACAK FELDA BUKIT PUCHONG 2023

Di jemput para belia dan adik-adik untuk menyertai pertandingan Wau Pacak Felda Bukit Puchong 2023 pada hari Sabtu bersamaan dengan 19 Ogos 2023 di Padang Awam Felda Bukit Puchong jam 08.30.

Pertandingan Wau Pacak ini adalah aktiviti sampingan sempena menyambut Bulan Kemerdekaan 2023.

Bagi yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, yuran sebanyak RM 5 di kenakan dan hadiah bagi pemenang untuk acara wau pacak ini di sediakan dari tempat pertama hingga tempat ke-4 dan kategorinya adalah terbuka.

GAMBAR

aaaaakelas64

PROGRAM JOM MASAK BUBUR LAMBUK RAMADHAN 2023/1444

TARIKH: 16 April 2023

TEMPAT: Rumah AJK KRTSBP (NO 41)

MASA: Bermula Jam 10:30 A.M sehingga selesai.

Program Jom Masak Bubur Lambuk Ramadhan 2023 ini telah di anjurkan oleh pihak KAWASAN RUKUN TETANGGA (KRT) SERI BUKIT PUCHONG,

GAMBAR

aaaaakelas27

aaaaakelas28

aaaaakelas29