JEMPUTAN TAKLIMAT DAN PENERANGAN LOT GENERASI BARU FELDA – LOT GENERASI FELDA.

Taklimat dan Penerangan Lot Generasi Baru FELDA akan diadakan seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 19hb Januari 2023.

Masa : 8.30 pagi - 11.00 pagi.

Tempat : Dewan Orang Ramai Felda Bukit Puchong.

Pihak AJK Bertindak LGF Bukit Puchong menjemput semua warga generasi ke-2 FELDA Bukit Puchong hadir untuk mendengar taklimat ini.

GAMBAR

0110rumahgen2

(Sumber gambar contoh ini di ambil dari https://ms-my.facebook.com/OrangKotaGroupEnt/photos/pcb.941061736046794/941061692713465/?type=3&theater)

1karnival

Program Santai Majlis Belia Daerah Bera Bersama Komuniti Felda Bukit Puchong pada 30 Disember 2017 ini adalah program yang di rangka sendiri oleh ahli jawatan kuasa Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Felda Bukit Puchong melalui pengerusinya iaitu Saudara Sayed Ahmad Fauzan sebagai program tahunan organisasi tersebut.

Untuk memeriah program tersebut, pihak dan ahli jawatan kuasa Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Felda Bukit Puchong mengundang seluruh masyarakat atau komuniti di Felda Bukit Puchong untuk mengambil bahagian dalam program tersebut.

Bagi memeriahkan program tersebut, pihak kuasa Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Felda Bukit Puchong turut mengundang Ahli Dewan Undangan Negeri atau ADUN Kemayan iaitu Yang Berhormat Dato’ Mohd Fadil Bin Osman dan Pengerusi Majlis Belia Daerah Bera iaitu Saudara Rosidi Bin Hassan untuk memeriahkan lagi program tersebut.

Acara pertama yang bakal di buat bersama komuniti adalah acara gotong-royong di sebelah pagi dan acara sukaneka atau sukan tradisional pula akan berlangsung di sebelah petang.

Di samping itu, program ini telah mendapat sokongan padu Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu PERTIGA dari cabang Daerah Bera dan melalui ahlinya mereka berharap dapat menyumbang tenaga kepada komuniti Kampung Felda Bukit Puchong.

pnzuraini1

Pada 2 Mei 2015 yang lalu, pihak Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong telah sepakat untuk mengangkat kisah kejayaan Puan Zuraini Binti Shahdan dalam bidang ICT sebagai satu kisah yang boleh di jadikan contoh kepada golongan remaja di luar sana.Mari kita ikuti kisahnya.

Teknologi asas dalam pembangunan teknologi maklumat iaitu internet telah banyak memberi manfaat kepada manusia bukan sahaja dalam urusan kerja, malah urusan seharian. Dunia yang dahulunya dikatakan jauh, besar dan luas kini dapat dijangkau dengan adanya jaringan internet.

Kemudahan internet kini bukan sahaja dapat dinikmati oleh penduduk bandar, ia juga dapat dirasai oleh penduduk luar bandar dengan adanya Pusat Internet 1Malaysia & Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia.

pnzuraini2

Bagi Pn. Zurani Binti Shahdan, kewujudan Pusat Internet 1Malaysia dan KTW di Felda Bukit Puchong menjadi titik tolak perubahan dalam kehidupan harian beliau. Beliau merupakan kerani di Pejabat Koperasi Serbaguna Bukit Puchong & AJK Pertubuhan Khairat dan Kebajikan Felda Bukit Puchong yang telah berkhidmat selama 10 tahun.

Kemudahan latihan ICT seperti kelas Asas Komputer, Asas Internet & Emel serta aplikasi Microsoft Office yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1Malaysia telah dimanfaatkan dengan baik dan dapat diaplikasi dalam memudahkan urusan kerja.

pnzuraini3

Urusan kerja menjadi lebih sistematik dan laporan kerja dapat dihantar dengan mudah dan cepat melalui aplikasi emel. Selain itu, Pn Zurani juga dapat melakukan urusan kemasukan data ke dalam sistem DKOOP ( Data Pengurusan Koperasi) & sistem eRoses ( Sistem Elektronik Pertubuhan di Malaysia) di Pusat Internet 1Malaysia dengan bantuan dan tunjuk ajar dari petugas Pusat Internet 1Malaysia .

Beliau juga dapat membantu anak – anak untuk mencari maklumat kerja kursus dan dapat melakukan semakan serta memantau prestasi anak-anak di sekolah melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

pnzuraini4

Kemudahan dan perkhidmatan di Pusat Internet 1Malaysia banyak membantu dan memberi manfaat kepada komuniti secara amnya. Sebagai ibubapa dan wanita bekerjaya kemudahan internet perlu dimanfaatkan kerana banyak kebaikan yang boleh didapati internet.

ketukramadhan

Tarikh 18 Jun 2015,pukul 3.00 pagi.Apabila perkumpulan ketuk-ketuk Ramadhan ini di tubuhkan oleh Jawatankuasa Majlis Belia Felda Bukit Puchong pada tahun 2014 yang lalu, ramai yang beranggap bahawa hayat kumpulan tersebut tidak panjang dan rata-rata ahlinya di lihat tidak begitu serius.

Ternyata sangkaan tersebut meleset dan pada Ramadhan tahun ini (2015), mereka telah muncul sekali lagi bagi memikul tanggungjawab serta membawa amanah yang telah diberi kepada mereka.

ketukramadhan1

Paling menarik perhatian, apabila perkumpulan ketuk-ketuk Ramadhan 2015 ini telah menampilkan muka-muka baharu (rekrut) yang terdiri daripada remaja belasan tahun sambil mengekalkan ahli lama mereka.

Tentu ramai pembaca berasa keliru dan tertanya-tanya tentang perkumpulan ketuk-ketuk Ramadhan ini, sebenarnya perkumpulan ketuk-ketuk Ramadhan ini adalah perkumpulan yang di beri amanah untuk mengejutkan atau membangunkan mereka dari tidur bagi menjalani ibadah bersahur sepanjang bulan Ramadhan ini di seluruh kawasan Felda Bukit Puchong.

ketukramadhan2

Bagi melancarkan tugasan yang di berikan oleh masyarakat tempatan, mereka-mereka ini telah di bekalkan dengan sebuah kereta SUV (kereta pelbagai guna) sebagai unit mobilisasi ehsan dari ketua MBF Felda Bukit Puchong iaitu En.Azli Bin Ismail dan beberapa unit gendang rebana.

Kebiasaannya, perkumpulan ketuk-ketuk Ramadhan ini akan bergendang ke seluruh pelusuk penempatan Felda Bukit Puchong pada pukul 3.30 pagi dan akan berakhir pada pukul 5.00 pagi sepanjang bulan Ramadhan tersebut.

Di kesempatan ini, kami penduduk kampung Felda Bukit Puchong ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa perkumpulan ini yang tidak terhingga dalam melicinkan urusan ibadah berpuasa sepanjang bulan Ramadhan ini dan berharap Allah SWT dapat membalas kebaikkan tersebut.

zakat5

28 Ogos 2010, Perkarangan Masjid Ihsaniah Felda Bukit Puchong, 05.00 petang.

Sempena hari dan bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak, setiap manusia di tuntut melakukan dan menambahkan amal ibadat serta menjauhkan diri dari pekara mungkar. Golongan yang paling mendapat perhatian dan sepatutnya dibela nasib mereka ialah golongan OKU, mualaf, anak yatim piatu dan golongan miskin tegar.

Sejajar dengan itu, hasil daripada kolobrasi Jawatan Kuasa Pengurusan Masjid Ihsaniah Felda Bukit Puchong dengan Pejabat Perhubungan Ahli Parlimen Bera, seramai hampir 100 orang yang terpilih (terdiri daripada masyarakat di Gugusan Mendi) dan terdiri daripada latarbelakang yang berhak menerima telah menerima sumbangan pada hari tersebut.

zakat1

zakat4

Penyerahan sumbangan itu telah dilakukan sendiri oleh Yang Berhormat Dato Ismail Sabri Bin Yaakub selaku Ahli Parlimen Daerah Bera. Tujuan sumbangan ini adalah untuk membela nasib mereka yang terlibat dan seterusnya memberikan harapan menyambut dan meraikan kedatangan Bulan Syawal yang bakal tiba.

zakat3

Disebabkan program yang terlalu ketat sebagai seorang Ahli Parlimen dan Menteri, selepas selesai sahaja program penyerahan sumbangan tersebut, YB Dato Ismail Sabri Bin Yaakob hanya sempat berbuka puasa dan solat Maghrib bersama-sama dengan ahli qari dan qariah Felda Bukit Puchong walaupun tentatif program yang dijadualkan berakhir dengan solat Tarawih.

Di sini, kami ingin menzahirkan ucapan terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan dan kami ingin ucapkan selamat berpuasa serta Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada YB dan seisi keluarga.