TAKLIMAT DAN PENERANGAN LOT GENERASI BARU FELDA – LOT GENERASI FELDA.
Seperti yang telah di war-warkan sebelum ini, pada 19 Januari 2023 yang lalu telah berlangsungnya Taklimat dan Penerangan Lot Generasi Baru FELDA.
Wakil dari Kerajaan Negeri Pahang dan Pihak Pengurusan Felda Wilayah Mempaga telah hadir untuk sesi penerangan kepada warga generasi ke-2 Felda Bukit Puchong.
Sebelum program tersebut di mulakan, sesi pendaftaran ahli Kami Anak Felda atau KAF iaitu sebuah pertubuhan NGO Felda telah mengambil tempat dan sesi kali ini KAF telah berjaya mendaftarkan sejumlah besar ahli-ahli yang terdiri daripada warga generasi ke-2 Felda.
Bagi menjayakan program tersebut, ahli KAF Felda Bukit Puchong telah di minta untuk menubuhkan Jawatankuasa Perumahan Generasi Ke-2 Felda Bukit Puchong dan melantik ahli jawatankuasa bagi memudahkan urusan mesyuarat dengan wakil Kerajaan Pahang dan Pihak Felda Wilayah Mempaga.
Sebelum sesi taklimat berakhir, sesi soal jawab di buka kepada semua peserta yang hadir bagi menanyakan dan mendapatkan maklumat secukupnya berkaitan dengan kriteria pemohon yang layak bagi mendapatkan lot tanah yang di janjikan.
GAMBAR
JEMPUTAN TAKLIMAT DAN PENERANGAN LOT GENERASI BARU FELDA – LOT GENERASI FELDA.
Taklimat dan Penerangan Lot Generasi Baru FELDA akan diadakan seperti ketetapan berikut :-
Tarikh : 19hb Januari 2023.
Masa : 8.30 pagi - 11.00 pagi.
Tempat : Dewan Orang Ramai Felda Bukit Puchong.
Pihak AJK Bertindak LGF Bukit Puchong menjemput semua warga generasi ke-2 FELDA Bukit Puchong hadir untuk mendengar taklimat ini.
GAMBAR
(Sumber gambar contoh ini di ambil dari https://ms-my.facebook.com/OrangKotaGroupEnt/photos/pcb.941061736046794/941061692713465/?type=3&theater)
Tarikh 18 Jun 2015,pukul 3.00 pagi.Apabila perkumpulan ketuk-ketuk Ramadhan ini di tubuhkan oleh Jawatankuasa Majlis Belia Felda Bukit Puchong pada tahun 2014 yang lalu, ramai yang beranggap bahawa hayat kumpulan tersebut tidak panjang dan rata-rata ahlinya di lihat tidak begitu serius.
Ternyata sangkaan tersebut meleset dan pada Ramadhan tahun ini (2015), mereka telah muncul sekali lagi bagi memikul tanggungjawab serta membawa amanah yang telah diberi kepada mereka.
Paling menarik perhatian, apabila perkumpulan ketuk-ketuk Ramadhan 2015 ini telah menampilkan muka-muka baharu (rekrut) yang terdiri daripada remaja belasan tahun sambil mengekalkan ahli lama mereka.
Tentu ramai pembaca berasa keliru dan tertanya-tanya tentang perkumpulan ketuk-ketuk Ramadhan ini, sebenarnya perkumpulan ketuk-ketuk Ramadhan ini adalah perkumpulan yang di beri amanah untuk mengejutkan atau membangunkan mereka dari tidur bagi menjalani ibadah bersahur sepanjang bulan Ramadhan ini di seluruh kawasan Felda Bukit Puchong.
Bagi melancarkan tugasan yang di berikan oleh masyarakat tempatan, mereka-mereka ini telah di bekalkan dengan sebuah kereta SUV (kereta pelbagai guna) sebagai unit mobilisasi ehsan dari ketua MBF Felda Bukit Puchong iaitu En.Azli Bin Ismail dan beberapa unit gendang rebana.
Kebiasaannya, perkumpulan ketuk-ketuk Ramadhan ini akan bergendang ke seluruh pelusuk penempatan Felda Bukit Puchong pada pukul 3.30 pagi dan akan berakhir pada pukul 5.00 pagi sepanjang bulan Ramadhan tersebut.
Di kesempatan ini, kami penduduk kampung Felda Bukit Puchong ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa perkumpulan ini yang tidak terhingga dalam melicinkan urusan ibadah berpuasa sepanjang bulan Ramadhan ini dan berharap Allah SWT dapat membalas kebaikkan tersebut.
Program Santai Majlis Belia Daerah Bera Bersama Komuniti Felda Bukit Puchong pada 30 Disember 2017 ini adalah program yang di rangka sendiri oleh ahli jawatan kuasa Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Felda Bukit Puchong melalui pengerusinya iaitu Saudara Sayed Ahmad Fauzan sebagai program tahunan organisasi tersebut.
Untuk memeriah program tersebut, pihak dan ahli jawatan kuasa Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Felda Bukit Puchong mengundang seluruh masyarakat atau komuniti di Felda Bukit Puchong untuk mengambil bahagian dalam program tersebut.
Bagi memeriahkan program tersebut, pihak kuasa Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Felda Bukit Puchong turut mengundang Ahli Dewan Undangan Negeri atau ADUN Kemayan iaitu Yang Berhormat Dato’ Mohd Fadil Bin Osman dan Pengerusi Majlis Belia Daerah Bera iaitu Saudara Rosidi Bin Hassan untuk memeriahkan lagi program tersebut.
Acara pertama yang bakal di buat bersama komuniti adalah acara gotong-royong di sebelah pagi dan acara sukaneka atau sukan tradisional pula akan berlangsung di sebelah petang.
Di samping itu, program ini telah mendapat sokongan padu Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu PERTIGA dari cabang Daerah Bera dan melalui ahlinya mereka berharap dapat menyumbang tenaga kepada komuniti Kampung Felda Bukit Puchong.
Pada 2 Mei 2015 yang lalu, pihak Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong telah sepakat untuk mengangkat kisah kejayaan Puan Zuraini Binti Shahdan dalam bidang ICT sebagai satu kisah yang boleh di jadikan contoh kepada golongan remaja di luar sana.Mari kita ikuti kisahnya.
Teknologi asas dalam pembangunan teknologi maklumat iaitu internet telah banyak memberi manfaat kepada manusia bukan sahaja dalam urusan kerja, malah urusan seharian. Dunia yang dahulunya dikatakan jauh, besar dan luas kini dapat dijangkau dengan adanya jaringan internet.
Kemudahan internet kini bukan sahaja dapat dinikmati oleh penduduk bandar, ia juga dapat dirasai oleh penduduk luar bandar dengan adanya Pusat Internet 1Malaysia & Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia.
Bagi Pn. Zurani Binti Shahdan, kewujudan Pusat Internet 1Malaysia dan KTW di Felda Bukit Puchong menjadi titik tolak perubahan dalam kehidupan harian beliau. Beliau merupakan kerani di Pejabat Koperasi Serbaguna Bukit Puchong & AJK Pertubuhan Khairat dan Kebajikan Felda Bukit Puchong yang telah berkhidmat selama 10 tahun.
Kemudahan latihan ICT seperti kelas Asas Komputer, Asas Internet & Emel serta aplikasi Microsoft Office yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1Malaysia telah dimanfaatkan dengan baik dan dapat diaplikasi dalam memudahkan urusan kerja.
Urusan kerja menjadi lebih sistematik dan laporan kerja dapat dihantar dengan mudah dan cepat melalui aplikasi emel. Selain itu, Pn Zurani juga dapat melakukan urusan kemasukan data ke dalam sistem DKOOP ( Data Pengurusan Koperasi) & sistem eRoses ( Sistem Elektronik Pertubuhan di Malaysia) di Pusat Internet 1Malaysia dengan bantuan dan tunjuk ajar dari petugas Pusat Internet 1Malaysia .
Beliau juga dapat membantu anak – anak untuk mencari maklumat kerja kursus dan dapat melakukan semakan serta memantau prestasi anak-anak di sekolah melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).
Kemudahan dan perkhidmatan di Pusat Internet 1Malaysia banyak membantu dan memberi manfaat kepada komuniti secara amnya. Sebagai ibubapa dan wanita bekerjaya kemudahan internet perlu dimanfaatkan kerana banyak kebaikan yang boleh didapati internet.