ketukramadhan

Tarikh 18 Jun 2015,pukul 3.00 pagi.Apabila perkumpulan ketuk-ketuk Ramadhan ini di tubuhkan oleh Jawatankuasa Majlis Belia Felda Bukit Puchong pada tahun 2014 yang lalu, ramai yang beranggap bahawa hayat kumpulan tersebut tidak panjang dan rata-rata ahlinya di lihat tidak begitu serius.

Ternyata sangkaan tersebut meleset dan pada Ramadhan tahun ini (2015), mereka telah muncul sekali lagi bagi memikul tanggungjawab serta membawa amanah yang telah diberi kepada mereka.

ketukramadhan1

Paling menarik perhatian, apabila perkumpulan ketuk-ketuk Ramadhan 2015 ini telah menampilkan muka-muka baharu (rekrut) yang terdiri daripada remaja belasan tahun sambil mengekalkan ahli lama mereka.

Tentu ramai pembaca berasa keliru dan tertanya-tanya tentang perkumpulan ketuk-ketuk Ramadhan ini, sebenarnya perkumpulan ketuk-ketuk Ramadhan ini adalah perkumpulan yang di beri amanah untuk mengejutkan atau membangunkan mereka dari tidur bagi menjalani ibadah bersahur sepanjang bulan Ramadhan ini di seluruh kawasan Felda Bukit Puchong.

ketukramadhan2

Bagi melancarkan tugasan yang di berikan oleh masyarakat tempatan, mereka-mereka ini telah di bekalkan dengan sebuah kereta SUV (kereta pelbagai guna) sebagai unit mobilisasi ehsan dari ketua MBF Felda Bukit Puchong iaitu En.Azli Bin Ismail dan beberapa unit gendang rebana.

Kebiasaannya, perkumpulan ketuk-ketuk Ramadhan ini akan bergendang ke seluruh pelusuk penempatan Felda Bukit Puchong pada pukul 3.30 pagi dan akan berakhir pada pukul 5.00 pagi sepanjang bulan Ramadhan tersebut.

Di kesempatan ini, kami penduduk kampung Felda Bukit Puchong ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa perkumpulan ini yang tidak terhingga dalam melicinkan urusan ibadah berpuasa sepanjang bulan Ramadhan ini dan berharap Allah SWT dapat membalas kebaikkan tersebut.