PROGRAM SEMARAK SUBUH FELDA BUKIT PUCHONG

Pada Jumaat 16 Februari yang lalu, Jawatankuasa Masjid Ihsaniah Felda Bukit Puchong telah mengadakan satu program keagamaan iaitu Program Semarak Subuh Felda Bukit Puchong.

Aturcara program yang telah di atur adalah seperti Solat Sunat Tahyatul Masjid, dan di ikuti dengan Solat Subuh berjemaah.Bacaan Surah Al Kahfi dari ayat 1-10 dan ayat 100-110.

Selepas itu, Kuliah Subuh Bersama Al Fadhil Ustaz Abdul Rashid dari Majlis Agama Islam Pahang cawangan daerah Bera pada pukul 7.30 pagi dan di akhiri dengan jamuan pagi sebelum bersurai.

Program yang telah di adakan ini telah menarik ramai jemaah terutamanya dari golongan belia dan di harap Jawatankuasa Masjid Ihsaniah Felda Bukit Puchong akan kerap mengadakan program ini bagi meramaikan atau menarik golongan belia datang ke masjid kelak.

GAMBAR

aaaaakelas112

aaaaakelas113

aaaaakelas114

CERAMAH PERDANA ISRA MI’RAJ DAN AMBANG RAMADHAN FELDA BUKIT PUCHONG

Pada 24 Februari 2024 kelak, akan di adakan satu Program Ceramah Isra Mi’raj dan sambutan Ramadhan 2014 bersempena dengan Karnival Anak Muda Felda Bukit Puchong di Dewan Semai Bakti.

Acara ini akan berlangsung pada pukul 08.00 malam hingga 11.00 malam dan penceramah jemputan pula adalah Imam Muda Ashraf.

Program ini adalah program kolobrasi antara Jawatankuasa Masjid Ihsaniah Felda Bukit Puchong dengan Majlis Belia Felda Bukit Puchong.

Di harap, semua warga penduduk Felda Bukit Puchong dapat menghadiri acara tersebut.

GAMBAR

aaaaakelas115

 

 

PROGRAM KUTIPAN LUAR BAYARAN CUKAI TANAH BAGI TAHUN 2024

Dimaklumkan bahawa Pejabat Daerah Dan Tanah Bera akan mengadakan Program Kutipan Luar Bayaran Cukai Tanah Bagi Tahun 2024 mengikut ketetapan berikut :

Tarikh     : 23.01.2024 (selasa)

Masa       : 10:00 pg - 12:30 tgh

Tempat   : Balairaya FELDA Bukit Puchong

Bagi yang ingin membuat bayaran cukai tanah boleh lah hadir pada hari tersebut.

GAMBAR

aaaaakelas103

PROGRAM TANAM SEMULA PERINGKAT 002 DAN 003 FELDA BUKIT PUCHONG

Pada tarikh 2 Februari 2024, telah berlangsungnya sebuah program tanam semula peringkat 002 dan 003 bagi Felda Bukit Puchong dan telah dirasmikan oleh Encik Saidiee Bin Salleh iaitu Pengarah Felda Wilayah Mempaga.

Turut hadir iaitu Pengurus Felda Bukit Puchong, Encik Hanafi.Pengerusi JKKR iaitu Encik Norzali dan Ketua Kampung iaitu Encik Haji Muhammad Amin dan warga penduduk Felda Bukit Puchong.

Sebelum Encik Saidiee Bin Salleh merasmikan program tersebut, bacaan doa selamat di baca agar program tersebut di beri rahmat oleh Allah dan berjalan lancar.

Selepas itu, seluruh delegasi termasuk penduduk dari peringkat 002 dan 003 di bawa ke tapak atau ladang untuk menyaksikan proses penebangan pokok kelapa sawit oleh jentera berat.

GAMBAR

Gambar di ambil dari facebook Pejabat Felda Bukit Puchong

aaaaakelas107

aaaaakelas108

aaaaakelas109

aaaaakelas110

SARINGAN ANUGERAH KECERIAAN RANCANGAN FELDA (AKRF) 2023/2024 FELDA BUKIT PUCHONG.

Pada 11 Disember 2023 yang lalu, rombongan ahli Panel Anugerah Keceriaan Rancangan Felda (AKRF) 2023/2024 telah tiba di Felda Bukit Puchong untuk menilai tahap kebersihan dan keceriaan dalam pertandingan Anugerah Keceriaan Rancangan Felda (AKRF) 2023/2024.

Sejak berbulan-bulan yang lalu, semua komuniti penduduk Felda Bukit Puchong telah bergotong-royong untuk membersihkan seluruh kawasan penempatan dan menceriakan permandangan bagi menyertai pertandingan tersebut.

Di harap, kerja keras selama ini berbaloi bagi menempatkan kedudukan Felda Bukit Puchong menjadi 5 teratas dalam Wilayah Felda Mempaga.

GAMBAR

aaaaakelas99

aaaaakelas100