TAKLIMAT DAN CADANGAN PEMBINAAN LOT RUMAH GENERASI KE-2 FELDA BUKIT PUCHONG

Penerangan dan taklimat Lot Generasi Baru FELDA akan diadakan seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 17hb Nov 2022.

Masa : 10.00 pagi - 11.30 pagi.

Tempat : Dewan Orang Ramai FBP.

Di jemput kepada semua warga penduduk Felda Bukit Puchong yang terdiri daripada generasi ke-2 untuk menghadiri sesi taklimat dan cadangan pembinaan lot rumah generasi ke-2 Felda oleh pihak JKKR Felda Bukit Puchong dan Pengurusan Felda Bukit Puchong.

Selepas selesai sesi taklimat ini, sesi soal jawab dengan pihak Felda akan di langsungkan.

GAMBAR

0110rumahgen2

(Sumber gambar contoh ini di ambil dari https://ms-my.facebook.com/OrangKotaGroupEnt/photos/pcb.941061736046794/941061692713465/?type=3&theater)

0000000000000abc125

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2022 FELDA BUKIT PUCHONG

Sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-65 dengan bertemakan Keluarga Malaysia Teguh Bersama, seluruh warga penduduk Felda Bukit Puchong telah mengambil inisiatif sendiri untuk memeriahkan program sambutan dengan mengibarkan bendera Malaysia dan negeri Pahang di kawasan rumah masing-masing.

Kemeriahan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ini semakin terasa apabila ramai warga penduduk bersaing antara satu sama lain dengan memasang bendera dan menghiasi rumah masing-masing dan jalan raya.

Apa yang menarik perhatian ialah usaha warga penduduk Felda Bukit Puchong ini untuk menyemarakkan rasa cinta dan patriotik pada negara tercinta telah menarik perhatian kanak-kanak dan para remaja untuk mengibarkan bendera.

Di sini, kami dari Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDI) Felda Bukit Puchong ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan ke-65 kepada seluruh warga penduduk.

GAMBAR

0000000000000abc126

0000000000000abc127

0000000000000abc94

AKTIVITI GOTONG ROYONG BULAN JUN 2022 JKKR FELDA BUKIT PUCHONG

Pada 17 Jun 2022, JKKR Felda Bukit Puchong dan Gerakan Pertubuhan Wanita (GPW) Felda Bukit Puchong telah mengadakan aktiviti gotong royong bulanannya.

Aktiviti gotong royong bulanan ini menyasarkan beberapa tempat tumpuan warga Felda Bukit Puchong berkumpul dan beriadah seterusnya memastikan kawasan atau tempat ini sentiasa berada dalam keadaan bersih.

Kawasan-kawasan yang terlibat adalah seperti Pejabat JKKR Felda Bukit Puchong, Taman Selesa, Taman Permainan Kanak-kanak, Dewan Orang Ramai dan lain-lain lagi.

Sepanjang tahuan 2022 ini atau hampir setiap bulan, penglibatan warga JKKR dan GPW dalam aktiviti gotong royong ini sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan dari ahli jawatankuasanya.

Seterusnya aktiviti gotong royong ini juga boleh merapatkan hubungan ukhuwah dan siratulrahim antara satu sama lain kerana bermulanya sesi 2022, anggota barisan JKKR dan GPW menampilkan banyak golongan muda yang terdiri daripada Generasi Kedua Felda bagi mewarisi kepimpinan Felda Bukit Puchong pada masa akan datang.

GAMBAR

0000000000000abc95

0000000000000abc96

0000000000000abc97

(Gambar di ambil dari Puan Yusni Harun Shah)

0000000000000abc110

PEMAKLUMAN KADAR BAHARU BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN

Makluman kepada warga FELDA Bukit Puchong, kadar baharu bagi bantuan khairat kematian bagi kematian bermula 1 Jun 2022 dan seterusnya adalah hanya sebanyak RM3,000 sahaja tanpa ada penolakan hutang.

Bagi kematian peneroka pada 31 Mei 2022 dan sebelumnya, jumlah bantuan khairat kematian yang akan diterima adalah mengikut kadar yang lama.

Jika ada apa-apa pertanyaan boleh menghubungi pejabat FELDA Bukit Puchong di talian 09-2457144.

**Artikel ini di petik dari halaman facebook rasmi Pejabat Felda Bukit Puchong.

JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI DAN PENYERAHAN SURAT HAKMILIK PENEROKA FELDA BUKIT PUCHONG

0000000000000abc85

Kepada seluruh warga penduduk Felda Bukit Puchong, anda di jemput ke majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri dan penyerahan surat hakmilik peneroka pada 26 Mei 2022 pada pukul 12.00 tengahari.

Majlis ini turut di meriahkan dengan kehadiran tetamu seperti Pihak Pengurusan Felda Wilayah Mempaga, Wakil Rakyat, Pegawai Daerah Bera dan lain-lain lagi.

Acara majlis akan di mulakan dengan penyampaian Surat Hak Milik Tanah Peneroka seramai 7 orang oleh Pihak Pengurusan Felda Wilayah Mempaga dan di ikuti dengan program sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pelbagai juadah hari raya di sediakan dan dapatlah kiranya anda dan keluarga menghadiri dan memeriahkan lagi majlis tersebut.

GAMBAR

0000000000000abc86