karnivalsunnah1

Di kesempatan ini, pihak Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong mengajak saudara dan saudari sekelian terutama penduduk sekitar Felda Bukit Puchong, Felda Bukit Mendi dan Felda Sungai Kemahal untuk memeriahkan lagi program ini akan berlangsung ini.

Terdapat hadiah misteri yang di sediakan oleh pihak penganjur kepada para pengunjung, iaitu Cabutan Bertuah dan hadiah yang di tawarkan adalah sangat lumayan sekali

Di sini, disertakan aturcara program tersebut

JADUAL AKTIVITI PROGRAM

24 November 2017 (Jumaat)

Sembang Santai Bersama Artis Hijrah Dan Imam Muda

Saudara Taiyudin Bakar (Pelakon) Dan Imam Muda Hassan Adli

8.30 malam di Dewan Orang Ramai Felda Bukit Puchong

 karnivalsunnahori1

 karnivalsunnahori2

25 November 2017 (Sabtu)

Solat Subuh Dan Bayan Oleh Saudara Taiyudin Bakar (Pelakon) Dan Imam Muda Hassan Adli

06.00 pagi di Masjid Felda Bukit Puchong

SENAMROBIK DAN GOTONG ROYONG PERDANA

7.30 pagi- 12.00 tengahari Padang Awam Felda Bukit Puchong

SUKAN RAKYAT DAN PERTUNJUKAN MEMANAH

5.30 petang di Padang Awam Felda Bukit Puchong

BUKIT PUCHONG BERSELAWAT

Qasidah : Madrasah DUAJ

Al-Fadil Ustaz Tuan Syarafudin

Tuan Muhammad Sa’ad (Qadhi Agama Daerah Jerantut)

8.30 malam di Dewan Orang Ramai Felda Bukit Puchong

mohngeteh

MOH NGETEH BERSAMA DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB Menteri KKLW Dan Ahli Parlimen Daerah Bera

9.30 malam di Dewan Orang Ramai Felda Bukit Puchong

26 November 2017

PERTUNJUKAN MEMANAH BERKUDA

Dari Kelab Kuda DUAJ

8.00 pagi di Padang Awam Felda Bukit Puchong

CERAMAH MOTIVASI OLEH SAUDARA FADZLI AZIZ (SOUL POWER CONSULTANCY)/HOS TV ALHIJRAH

9.30 pagi di Dewan Orang Ramai Felda Bukit Puchong

PERASMIAN PENUTUP PROGRAM

11.00 pagi di Dewan Orang Ramai Felda Bukit Puchong

JAMUAN MAKANAN/KENDURI SEKAMPUNG

12.00 tengahari di Dewan Orang Ramai Felda Bukit Puchong

karnivalsunnah2

sukanrakyat1

Pada 10 Oktober 2015 yang lalu, bertempat di Padang Awam Felda bukit Puchong telah berlangsungnya satu program Sukan Rakyat Peringkat Felda Bukit Puchong.Program ini adalah salah satu inisiatif yang di ambil oleh pihak JKKK Felda Bukit Puchong bagi menjayakan program yang telah diatur oleh pihak kerajaan bersempena dengan Sambutan Hari Sukan Negara 2015.

Segala acara yang telah di rancang bermula sekitar pukul 02.30 petang di mana pihak penganjur iaitu JKKK Felda Bukit Puchong mengalu-alukan kedatangan para peserta yang terdiri daripada penduduk Felda Bukit Puchong dari pelbagai golongan umur dan jantina.

Bagi acara yang melibatkan kanak-kanak khasnya para pelajar sekolah tadika dan pra, acara yang di pertandingkan ialah acara Cari Gula Dalam Tepung dan Bawa Bola Pingpong Dalam Sudu.

sukanrakyat2

Manakala bagi acara yang melibatkan kanak-kanak berusia tujuh tahun keatas terbuka, acara yang di pertandingkan ialah acara Kayuh Basikal Paling Lama dan Tiup Belon.

Bagi kategori lelaki berpasukan, acara yang dipertandingkan ialah Bola Sepak Berpelikat dan bagi acara individu pula cara Bowling Kelapa dan Bola Jaring.

Penglibatan pihak PI1M Felda Bukit Puchong dalam program tersebut adalah secara sukarelawan di mana kami telah di minta sendiri oleh pihak JKKK bagi membantu menjayakan program tersebut ternyata sangat berbaloi kerana ianya sangat meriah.

sukanrakyat3

Program ini berakhir kira-kira pukul 6.30 petang di mana segmen penyampaian hadiah kepada para peserta yang menang dalam kategori yang dipertandingkan oleh Pengerusi JKKK Felda Bukit Puchong iaitu Tuan Haji Muhammad Amin Bin Sardi mengambil tempat.

raya20151

Pada tarikh 27 Julai 2015 bertempat di Dewan Orang Ramai Felda Bukit Puchong telah berlangsungnya jamuan Aidil Fitri 2015 peringkat JKKK Felda Bukit Puchong.

Tujuan Jamuan Aidil Fitri ini di adakan adalah bertujuan untuk merapatkan ukhwah dan hubungan siratulrahim antara peneroka Felda, generasi kedua Felda, kakitangan Pengurusan Felda dan kakitangan Sekolah Rendah dan Menengah.

raya20152

Persiapan pra-jamuan Aidil Fitri ini telah berlangsung sehari sebelum hari kemuncaknya iaitu pada 26 Julai 2015.Persiapan ini turut dibantu oleh sukarelawan yang terdiri daripada perkumpulan Gerakan Pergerakan Wanita Felda atau GPW, JKKK Felda Bukit Puchong dan golongan belia dari MBF Felda Bukit Puchong.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, majlis Sambutan Aidil Fitri ini boleh di katakan agak meriah juga dengan kedatangan pelbagai golongan peringkat usia yang terdiri daripada warga Felda Bukit Puchong itu sendiri.

raya20153

Yang paling seronok apabila terdapat segelintir warga peneroka dan JKKK Felda Bukit Puchong mengenakan pakaian raya bagi menghidupkan suasana Sambutan Aidil Fitri tersebut.

Walaubagaimana pun, seperti setiap tahun jugalah masih terdapat masalah yang sama berulang di mana makanan yang di sediakan tidak mencukupi dan program yang berlangsung ini di buat pada hari atau waktu bekerja menyebabkan ramai penduduk kampung terutama pelajar sekolah tidak dapat menghadirkan diri.

raya20154

ismailsabri1

Pada 13 September 2015 yang lalu, bertempat di Dewan Orang Ramai Felda Bukit Puchong telah berlangsung satu upacara penyerahan sebuah unit van jenazah bagi kegunaan Pertubuhan Khairat Dan Kebajikan Felda Bukit Puchong.

Untuk makluman semua, unit mobilisasi atau van jenazah Pertubuhan Khairat Dan Kebajikan Felda Bukit Puchong sedia ada sekarang sangatlah uzur keadaannya di mana ia selalu rosak dan hanya boleh di gunakan di sekitar kawasan perkampungan dan dengan ada unit van baharu ini maka urusan pengendalian jenazah kelak akan menjadi mudah.

ismailsabri2

Van jenazah tersebut di anggarkan berharga lebih kurang RM121,000.00 telah di sumbangkan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) cawangan Negeri Pahang melalui menterinya iaitu Yang Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri Bin Yaakob iaitu menteri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.

Bagi tujuan menyempurnakan majlis tersebut, hos majlis iaitu ahli jawatankuasa Pertubuhan Khairat Dan Kebajikan Felda Bukit Puchong telah bekerjasama dengan seluruh komuniti Felda Bukit Puchong dengan melakukan kenduri secara gotong royong bagi meraikan tetamu VIP dan ahli-ahli pertubuhan tersebut yang terdiri daripada penduduk Felda Bukit Puchong.

ismailsabri4

Encik Mohammad Kesawari Bin Mohamed Din iaitu Pengerusi Pertubuhan Khairat Dan Kebajikan Felda Bukit Puchong di beri amanah dan tugas untuk menerima sumbangan tersebut dari Yang Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri Bin Yaakob sendiri.

ismailsabri3

Selepas berakhirnya upacara simbolik penyerahan kunci van jenazah tersebut, para tetamu telah di raikan dengan jamuan makan tengahari dan majlis tersebut berakhir kira-kira pukul 2.30 petang.

ismailsabri5

maulud1

Perkarangan Dewan Orang Ramai Felda Bukit Puchong,26/02/2011,Sabtu. Sambutan berkala ini boleh dirumuskan antara sambutan yang paling meriah kerana mendapat sokongan padu oleh semua golongan lapisan masyarakat umumnya.

Bermula dengan perarakan dari Padang Awam Felda Bukit Puchong mengelilingi kawasan penempatan peneroka dan kawasan ekonomi hingga berpusing kembali ke Dataran Dewan Orang Ramai.

Kumpulan yang mengambil bahagian didalam perarakan tersebut terdiri daripada Perkumpulan Jemaah Masjid,Pertubuhan Peneroka,Kumpulan Belia dari Pakat Kebajikan (BP Ekstrem dan Wakaf FC),Perkumpulan Wanita dan Belia/Belawanis serta tidak ketinggalan adik-adik dari Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Puchong.

Acara Sambutan Maulidur Rasul ini turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian Nasyid dari Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Puchong.Acara kemuncak sambutan pula adalah ceramah agama yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mahmud Bin Mat (Pengarah Urusan Bina Ummah dan Penceramah Bebas) bertema Junjungan Besar kita iaitu Nabi Muhammad SAW.

Rata-rata khalayak yang hadir turut mengakui bahawa sambutan kali ini adalah yang terbaik pernah diadakan di Felda Bukit Puchong.