MESYUARAT KHAS JKKR FELDA BUKIT PUCHONG KALI PERTAMA
Pada 10 Januari 2022 yang lalu, telah berlangsung mesyuarat khas JKKK Felda Bukit Puchong kali pertama sesi 2022 dan telah di pengerusikan oleh Haji Muhammad Amin Bin Sardi selaku Ketua Blok Felda Bukit Puchong.
Mesyuarat khas kali ini di adakan adalah bertujuan untuk melantik beberapa jawatan penting seperti timbalan pengerusi, setiausaha dan bendahari JKKR dan exco-exco seperti biro ladang, biro ekonomi, biro pendidikan dan biro sosial dan ekonomi.
Lantikan ke jawatan-jawatan ini adalah sangat penting untuk di isi kerana penjawat jawatan sesi sebelum ini ramai yang telah berusia atau warga emas dan mereka terpaksa memberi laluan kepada penjawat baharu yang terdiri daripada golongan orang-orang muda dan berharap, golongan orang-orang muda ini dapat memberikan idea yang segar serta dapat menyumbangkan tenaga kearah memakmurkan lagi Felda Bukit Puchong pada masa akan datang.
Selain daripada itu, mesyuarat khas ini turut membincangkan masalah berbangkit seperti kemudahan infrastruktur yang perlu di tambah baik seperti longkang atau sistem pengaliran, jalan raya dan lampu-lampu jalan kepada pihak pengurusan Felda Bukit Puchong melalui Pengurus Felda iaitu Encik Hanafi Bin Hashim.
GAMBAR