ANUGERAH KECERIAAN DAN KEBERSIHAN FELDA (AKKF) 2021 FELDA BUKIT PUCHONG-FASA PENJURIAN

000000000000000abc25

Pada 12 Disember 2021 yang lalu, delegasi juri Pertandingan Anugerah Keceriaan dan Kebersihan Felda atau AKKF 2021 telah bertandang ke Felda Bukit Puchong bagi menilai sendiri markah penjurian pertandingan tersebut.

Markah yang di berikan oleh pihak juri yang dilantik berdasarkan beberapa aspek seperti kebersihan kawasan awam seperti masjid, balairaya JKKK, taman awam dan permainan kanak-kanak, kebersihan dan keceriaan kawasan perumahan dan pembangunan sosio-ekonomi penduduk seperti pembangunan usahawan felda terutama dalam bidang pertanian dan penternakan.

Delegasi juri turut di bawa melawat kilang-kilang memproses produk makanan seperti daging salai dan roti dan pastri serta melawat usahawan penternakan arnab pedaging.

Sebelum berakhirnya proses penjurian, pihak juri ini di raikan dengan majlis jamuan makan ringan serta pemberian cenderahati oleh pihak JKKK Felda Bukit Puchong melalui pengerusinya iaitu Tuan Haji Muhammad Amin dan Pengurus Felda Bukit Puchong iaitu Encik Hanafi sebagai tanda kenang-kenangan.

GAMBAR

 

000000000000000abc26

000000000000000abc22

000000000000000abc23

000000000000000abc24