BARISAN KEPIMPINAN JAWATANKUASA PERUNDING PENEROKA (JKPP) SESI 2022-2023

Tahniah di ucapkan kepada Pengerusi JKKK Felda Bukit Puchong iaitu Haji Muhammad Amin Bin Sardi atau ketua kampung kerana di pilih sebagai Ketua Peneroka Wilayah Mempaga sesi 2022-2023.

Kami sebagai warga Felda Bukit Puchong merasa amat berbangga kerana beliau adalah orang tempatan dan bertuah di pilih dari 13,100 warga peneroka seluruh Wilayah Mempaga yang mempunyai hampir 33 buah felda semuanya.

Dengan perlantikan ini, beliau secara automatiknya akan di lantik sebagai ahli jawatankuasa perunding peneroka di peringkat persekutuan yang mempunyai hampir 11 wilayah Felda seluruh Malaysia.

Kami berharap, dengan jawatan yang baharu disandang ini, dapatlah kiranya Pengerusi JKKK Felda Bukit Puchong iaitu Haji Muhammad Amin Bin Sardi atau ketua kampung ini membawa permasalahan atau suara kami ke peringkat yang lebih tinggi untuk di bincangkan dan diselesaikan seperti permasalahan perumahan generasi ke-2 dan lain-lain lagi.

GAMBAR

0000000000000abc37

0000000000000abc38