MESYUARAT PEMILIHAN KETUA PENEROKA RANCANGAN DAN PENGERUSI GPW FELDA BUKIT PUCHONG BAGI SESI 2022-2023.
Pada 01 Disember 2021 yang lalu telah berlangsungnya satu mesyuarat pemilihan ketua peneroka rancangan dan pengerusi GPW Felda Bukit Puchong bagi sesi 2022 hingga 2023 yang berlangsung di Balairaya FELDA Bukit Puchong.
Seramai 23 ketua-ketua blok dan 23 ketua blok GPW Felda Bukit Puchong telah menghadir mesyuarat kali ini bagi melantik Ketua Peneroka dan Pengerusi GPW bagi sesi 2022-2023.
Pemilihan jawatan Ketua Peneroka dan Pengerusi GPW ini akan di tentukan dengan pencalonan dan undian setiap ketua blok yang telah di lantik oleh Pihak Pengurusan Felda Bukit Puchong.
Pemilihan kepada jawatan ini adalah sangat penting kerana segala masalah yang pihak peneroka hadapi boleh di usulkan terus kepada mereka dan dibawa terus kepada pihak Pengurusan Felda Wilayah dan Persekutuan untuk di selesaikan.
Proses pengundian jawatan Ketua Peneroka dan Pengerusi GPW Felda Bukit Puchong bagi sesi 2022-2023 telah di menangi oleh Tuan Haji Muhammad Amin Bin Sardi manakala Pengerusi GPW telah di menangi oleh Puan Yusni Binti Harun Shah.
Jawatan Ketua Peneroka dan Pengerusi GPW Felda Bukit Puchong ini akan menjadi rasmi apabila mereka-mereka yang telah di lantik akan menerima watikah khas dari Pihak Pengurusan Felda Pusat melalui pengerusinya.
Di harap kepada Ketua Peneroka dan Pengerusi GPW Felda Bukit Puchong ini yang baharu ini, dapatlah menyumbang idea dan tenaga membawa kemakmuran Felda Bukit Puchong pada masa akan datang.
GAMBAR