NOTIS PEJABAT PENGURUSAN FELDA BUKIT PUCHONG

Makluman kepada semua warga penduduk Felda Bukit Puchong.

Pihak Unit Penguatkuasa Negeri Pahang (UPNP) dengan kerjasama pihak Pentadbiran rancangan, JPKK dan JKKR telah memasang notis makluman berkaitan dengan status Pendudukan Tanah Kerajaan / FELDA secara Tidak Sah seperti peta yang dilampirkan.

Harap mendapat kerjasama daripada seluruh warga penduduk Felda Bukit Puchong untuk mematuhi notis yang telah di keluarkan ini.

Kawasan-kawasan yang ditandakan telah direzabkan dengan pembangunan seperti berikut :-

  1. a) Lot Cadangan RRPahang
  2. b) Lot Skim Tanah Rakyat Genarasi Baru FELDA ( STRGBP )
  3. c) Lot Cadangan Pembangunan Ekonomi Akan Datang.
  4. d) Rezab Pembangunan FELDA & JPKK ( PDT BERA )

Sekian untuk makluman kepada seluruh warga penduduk FELDA Bukit Puchong dan jika terdapat sebarang pertanyaan dan kesulitan, boleh datang ke Pejabat Pengurusan Felda Bukit Puchong.

GAMBAR

aaaaakelas88

aaaaakelas89

aaaaakelas90

aaaaakelas91

AGIHAN JUADAH MAKMUR SUMBANGAN KERAJAAN NEGERI PAHANG KEPADA JEMAAH SOLAT JUMAAT FELDA BUKIT PUCHONG

Pengagihan Juadah Makmur yang berlangsung di Felda Bukit Puchong ini kepada jemaah solat Jumaat di Masjid Felda Bukit Puchong ini adalah kali ke 5 dan disifatkan sebagai salah satu cara berkongsi rezeki dan penghargaan oleh Kerajaan Negeri Pahang kepada seluruh warga penduduk di Felda Bukit Puchong.

Juadah Makmur merupakan satu pendekatan baharu yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk rakyat Pahang dengan peruntukan berjumlah RM11 juta setahun.

Menu bagi Juadah Makmur ini telah di sediakan atau di masak oleh kakitangan Pihak Pengurusan Felda, GPW dan JKKR Felda Bukit Puchong yang terdiri daripada menu yang ringkas dan menyelerakan seperti nasi, gulai lemak ayam, sambal belacan dan ikan masin.

GAMBAR

aaaaakelas81

aaaaakelas82

aaaaakelas83

PROGRAM SAMBUTAN HARIRAYA AIDIL FITRI 2023/144 PERINGKAT RANCANGAN DAN SELURUH WILAYAH MEMPAGA DI FELDA BUKIT PUCHONG.

TARIKH : 11 MEI 2023

TEMPAT : DEWAN FELDA SEMAI BAKTI

MASA : 10.00 PAGI HINGGA 02.00 PETANG

Program Sambutan Hariraya Aidilfitri 2023/1444 Peringkat Tanah Rancangan dan Seluruh Wilayah Mempaga di Felda Bukit Puchong ini adalah anjuran Bersama Pihak Pengurusan Felda Wilayah Mempaga, MBFM, GPW, KAF, FPMSB, FICIPAL, Kolej Yayasan Felda Mempaga, Felda Zon Mempaga, Felda Zon Koyan dan Felda Zon Mendi.

Felda Bukit Puchong sangat bertuah pada tahun ini kerana berjaya menjadi Tuan Rumah untuk program yang julung-julung kalinya bagi menjayakan program tersebut.

Bagi menerima kunjungan pengunjung ke program tersebut, booth makanan telah di bagikan kepada berapa bahagian yang menyediakan makan tradisional hari raya seperti lemang, ketupat dan rendang, kambing golek, sate, lontong dan bermacam-macam lagi juadah.

Program ini telah di rasmikan oleh Encik Mohd Saidiee Saleh yang merupakan Pengurus Besar Felda Wilayah Mempaga.

Di kesempatan ini juga, pihak Pengurusan Wilayah Mempaga turut memberi duit raya kepada anak-anak yang hadir bagi memeriahkan program tersebut dan tidak juga di lupakan, sumbangan kepada bakal-bakal haji yang bertuah menjadi tetamu Allah pada tahun ini.

GAMBAR

aaaaakelas32

aaaaakelas33

aaaaakelas34

aaaaakelas35

aaaaakelas36

 

KARNIVAL JUALAN IKAN SEGAR DMART FELDA BUKIT MENDI

Pada tarikh 14 dan 15 September yang lalu, Dmart Felda Bukit Mendi telah mengadakan karnival jualan murah ikan segar dan ayam.

Tujuan di adakan karnival jualan karnival jualan ikan segar ini adalah untuk membantu rakyat bawahan terutama warga penduduk felda yang terkena tempias kenaikan harga barang dan makanan yang mahal untuk membeli ikan dan ayam dengan harga yang murah.

Karnival ini telah berjaya menarik warga penduduk felda berdekatan seperti warga Felda Bukit Puchong dan Felda Sungai Kemahal.

Selain itu, Dmart akan membuat jelajah Karnival Jualan Ikan Segar di beberapa tempat seperti Felda Keratong 9, Pasaraya Jelai dan Sungai Tengi.

GAMBAR

aaaaakelas70

aaaaakelas71

aaaaakelas72

aaaaakelas73

 

PROGRAM ANJURAN PIHAK PENGURUSAN MASJID FELDA BUKIT PUCHONG

Pihak pengurusan badan Masjid Felda Bukit Puchong telah mengadakan Majlis Sambutan Malam 27 Ramadan 1444H

Tarikh : 17hb April 2023

Masa : 6.30 ptg

Tempat : Masjid Baru FELDA Bukit Puchong.

Dengan kehadiran pihak tuan / puan, meriahkan lagi suasana majlis ini.

Tentatif Program pada hari berkenaan

4.24 ptg - Solat asar berjemaah.

5.00 ptg - Program SK FBP

5.40 ptg - Rakaman Takbir Raya FWM.

6.30 ptg - Tazkirah oleh Cik Man ( PU Azman )

7.00 mlm - Tahlil dan doa selamat

7.18 mlm - Majlis berbuka puasa.

7.45 mlm 10.00 mlm - Solat Magrib,isyak dan solat sunat terawih dan majlis penutup - tazkirah oleh Cik Man ( PU Azman )

GAMBAR

aaaaakelas30

aaaaakelas31