PROGRAM SEPAKAT @ KOMUNITI ANJURAN BERSAMA JABATAN PENERANGAN DAERAH BERA DAN JKKK FELDA BUKIT PUCHONG

TARIKH : 20 NOVEMBER 2020

MASA : 08.00 – 01.00 PETANG

LOKASI : DEWAN ORANG RAMAI FELDA BUKIT PUCHONG

PESERTA : SELURUH WARGA PENDUDUK FELDA BUKIT PUCHONG

TUJUAN

Tujuan program kolobrasi Jabatan Penerangan Daerah Bera dan JKKK Felda Bukit Puchong ini di adakan adalah untuk memberi penerangan dan kefahaman tentang cara mencegah wabak penyakit covid-19 kepada seluruh warga penduduk Felda Bukit Puchong.

Selain daripada itu Jabatan Penerangan Daerah Bera cuba menerapkan dan menyuburkan semangat kewarganegaraan kepada generasi muda termasuklah golongan pelajar sekolah rendah dan menengah.

AKTIVITI

Bagi memeriahkan Program Sepakat @ Komuniti anjuran Jabatan Penerangan Daerah Bera ini beberapa aturcara program telah disusun yang melibatkan seluruh golongan penduduk seperti :

Pertandingan Masakan Dan Gubahan-Wanita

Eksplorasi Dan Permainan Talian-Belia dan Beliawanis.

Pertandingan Mewarna Tabika-Pelajar Pra.

Pertandingan Mewarna-Pelajar OKU.

Kuiz Kenegaraan-Seluruh golongan komuniti.

Ceramah Covid-19-Jabatan Penerangan Daerah Bera.

Persembahan Puisi Kewarganegaraan.

Cabutan Nombor Bertuah.

Ucapan kata alu-aluan bagi mengalukan kedatangan tetamu oleh Ketua Kampung iaitu Tuan Haji Muhammad Amin Bin Sardi.

Ucapan perasmian oleh Ybhgia.Dato’Sabariah Binti Saidon,Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita Pahang.

Majlis Penyampaian Hadiah.

Pengedaran poster cegah wabak covid-19 di kawasan tumpuan orang ramai seperti kedai runcit,makan dan tempat rekrasi.

Jamuan makan dan bersurai.

FOTO

000000000abc25

000000000abc26

000000000abc27

000000000abc28

000000000abc29

000000000abc30

000000000abc31

 

PROGRAM ROLLCALL FELDA BULAN JANUARI 2020 DAN SUAIKENAL DENGAN TUAN PENGURUS BAHARU FELDA BUKIT PUCHONG

TARIKH : 17 JANUARI 2020

MASA : 08.00 PAGI – 012.00 TENGAHARI

LOKASI : DEWAN ORANG RAMAI FELDA BUKIT PUCHONG

PESERTA : PENEROKA FELDA BUKIT PUCHONG

TUJUAN

Program Roll-Call bulan Januari 2020 adalah program bulanan yang di adakan setiap bulan oleh pihak pengurus Felda bagi menerangkan dan menyelesaikan masalah berbangkit yang di hadapi oleh peneroka Felda Bukit Puchong.

Selain daripada program roll-call tersebut, pihak pengurusan Felda Bukit Puchong telah mengambil kesempatan untuk memperkenalkan Pengurus Baharu iaitu Encik Hanafi Bin Hashim yang di lantik bagi menguruskan organisasi tersebut setelah Pengurus yang lama iaitu Encik Muhammad Shah telah bersara wajib pada 31 Disember 2019 yang lalu.

AKTIVITI

Pengerusi JKKK Felda Bukit Puchong iaitu Encik Muhammad Amin Sardi memulakan ucapan alu-aluan kepada seluruh peneroka yang hadir dan di ikuti dengan ucapan suai kenal kepada pengurus baharu Felda Bukit Puchong iaitu Encik Hanafi Bin Hashim.

Sesi soal jawab peneroka dengan pihak pengurusan Felda Bukit Puchong telah mengambil tempat yang mana soalan banyak berkisarkan kepada hal ehwal penghasilan tandan sawit yang sangat berkurangan dan kampung termasuklah isu ternakan seperti kambing dan lembu yang bebas masuk ke kawasan penempatan hingga merosakkan tanaman hiasan rumah.

FOTO

0000000felda1

0000000felda2

0000000felda3

0000000felda4

0000000felda5

000maulid1

Menurut kalendar atau takwim Islam yang di keluarkan oleh pihak JAKIM pada tahun 2019, Hari Maulidur Rasul kali ini akan jatuh pada hari Sabtu bersamaan dengan 09 November 2019.

Sambutan Maulidur Rasul 1441 Hijrah kali ini adalah bertemakan “Negara Rahmah, Ummah Sejahtera”.

Sempena kedatangan Hari Maulidur Rasul 1441 ini, pihak Jemaah Masjid Insaniah Felda Bukit Puchong dengan di sokong oleh semua pelajar sekolah agama rakyat (SAR) dan komuniti penduduk Felda Bukit Puchong telah mengadakan sambutan dan perarakan sempena hari memperingati Maulud Nabi Muhammad SAW.

Aktiviti sambutan ini di mulakan dengan acara perarakan dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW mengelilingi kampung dan seterusnya sesi ceramah Sirah Nabawi yang di sampaikan oleh seorang ustaz yang di datangkan khas dari Majlis Agama Islam Daerah Bera.

FOTO

000maulid2

000maulid3

000maulid4

000maulid5

000maulid6

PROGRAM GOTONG ROYONG DAN KITAR SEMULA ANJURAN BERSAMA PELAJAR SEKOLAH RENDAH FELDA BUKIT PUCHONG DAN JKKK FELDA BUKIT PUCHONG

TARIKH : 11 JANUARI 2020

MASA : 08.30 PAGI – 01.00 PETANG

LOKASI : KAWASAN AWAM FELDA BUKIT PUCHONG

PESERTA : KOMUNITI PENDUDUK DAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH FELDA BUKIT PUCHONG

TUJUAN

Program kolobrasi gotong royong antara warga penduduk Felda Bukit Puchong dan pelajar Sekolah Rendah Felda Bukit Puchong ini bertujuan untuk menggalakkan seluruh warga komuniti penduduk Felda Bukit Puchong cakna tentang kebersihan kawasan persekitaran.

Selain daripada itu, dalam program ini turut melibatkan pelajar sekolah rendah dengan harapan agar mereka di didik supaya menjaga kebersihan dan dapat menyelamatkan bumi dengan penerapan amalan kitar semula.

AKTIVITI GOTONG ROYONG

Kawasan Taman Selesa.

Perkarangan Balai Raya

Padang awam.

Dewan Orang Ramai.

Pusat Perniagaan (Kedai Mara).

Gelanggang Sepak Takraw.

Pusat Internet Felda Bukit Puchong.

 

FOTO

0000groyong1

0000groyong2

0000groyong3

0000groyong4

0000groyong5

0000groyong6

0000groyong7

0000groyong8

0000groyong9

0000groyong10

(Sumber foto dari FB SK Felda Bukit Puchong)

TARIKH : 27 OKTOBER 2018

MASA : 08.00 – 04.00 PETANG

LOKASI : DEWAN ORANG RAMAI FELDA BUKIT PUCHONG

PESERTA : SEMUA KOMUNITI PENDUDUK FELDA BUKIT PUCHONG

PROGRAM : PROGRAM PERDANA BUBUR ASYURA

TUJUAN    

Program Perdana Bubur Asyura ini adalah program tahunan yang wajib bagi penduduk Felda Bukit Puchong sejak dahulu lagi dan matlamat utamanya program ini di laksanakan adalah untuk menjalinkan dan merapatkan lagi hubungan siratulrahim antara penduduk.

Bagi pihak Jawatankuasa Keselamatan Dan Kebersihan Kampung atau JKKK Felda Bukit Puchong, mereka turut melibatkan generasi muda perdana belia felda dan ini adalah satu cara untuk mereka mewarisi penghasilan bubur asyura yang boleh di katakan sangat rumit dalam pembuatannya dan mengambil masa yang lama untuk menyediakannya.

AKTIVITI

Penyediaan bahan-bahan asas di mulakan di sebelah pagi dan proses memasaknya pula berlangsung selepas itu hinggalah bubur asyura itu siap masak sepenuhnya.

Bagi proses mengacau adunan bubur asyura itu, tenaga kerja orang-orang muda sangat di perlukan dan ianya di ambil secara bergilir-gilir hinggalah ianya selesai.

Selain daripada itu, program ini di serikan lagi dengan kehadiran Yang Berhormat Dato Ismail Sabri Bin Yaakub, merangkap Ahli Parlimen Daerah Bera yang sudi menjengok dan beramah mesra dengan orang ramai.

FOTO

0assyura1

0assyura2