SISTEM PENGURUSAN SAMPAH DOMESTIK ALAM FLORA FELDA BUKIT PUCHONG

Setelah hampir 3 bulan lamanya pihak pengurusan Felda Bukit Puchong berbincang dengan pihak pengurusan sisa sampah domestik syarikat Alam Flora, akhirnya sampah atau sisa domestik rumah dan penempatan Felda Bukit Puchong telah di ambil sepenuhnya oleh pihak Alam Flora secara rasminya mengikut jadual berkala mereka.

Secara rasminya juga, pihak Alam Flora telah mengambil alih atau menggantikan kontraktor pengurusan sisa dan sampah swasta yang di lantik oleh pihak pengurusan Felda di seluruh daerah Bera yang terdiri daripada 13 buah Felda khususnya.

Jadual berkala kutipan sampah di Felda Bukit Puchong adalah pada setiap hari Isnin dan Khamis.

Berikutan edaran tong sampah milik syarikat Alam Flora secara berperingkat di 13 buah Felda daerah Bera belum di terima, pihak Alam Flora buat masa ini akan mengutip sampah berpandukan tong sampah yang lama.

Kepada mana-mana penduduk Felda Bukit Puchong yang belum membayar khidmat kutipan Alam Flora, bolehlah membuat bayaran di Pejabat Felda Bukit Puchong bagi memudahkan proses kutipan berkala di buat oleh pihak Alam Flora kelak.

GAMBAR

0000000000000abc60

0000000000000abc61