PROGRAM ROLLCALL FELDA BULAN JANUARI 2020 DAN SUAIKENAL DENGAN TUAN PENGURUS BAHARU FELDA BUKIT PUCHONG

TARIKH : 17 JANUARI 2020

MASA : 08.00 PAGI – 012.00 TENGAHARI

LOKASI : DEWAN ORANG RAMAI FELDA BUKIT PUCHONG

PESERTA : PENEROKA FELDA BUKIT PUCHONG

TUJUAN

Program Roll-Call bulan Januari 2020 adalah program bulanan yang di adakan setiap bulan oleh pihak pengurus Felda bagi menerangkan dan menyelesaikan masalah berbangkit yang di hadapi oleh peneroka Felda Bukit Puchong.

Selain daripada program roll-call tersebut, pihak pengurusan Felda Bukit Puchong telah mengambil kesempatan untuk memperkenalkan Pengurus Baharu iaitu Encik Hanafi Bin Hashim yang di lantik bagi menguruskan organisasi tersebut setelah Pengurus yang lama iaitu Encik Muhammad Shah telah bersara wajib pada 31 Disember 2019 yang lalu.

AKTIVITI

Pengerusi JKKK Felda Bukit Puchong iaitu Encik Muhammad Amin Sardi memulakan ucapan alu-aluan kepada seluruh peneroka yang hadir dan di ikuti dengan ucapan suai kenal kepada pengurus baharu Felda Bukit Puchong iaitu Encik Hanafi Bin Hashim.

Sesi soal jawab peneroka dengan pihak pengurusan Felda Bukit Puchong telah mengambil tempat yang mana soalan banyak berkisarkan kepada hal ehwal penghasilan tandan sawit yang sangat berkurangan dan kampung termasuklah isu ternakan seperti kambing dan lembu yang bebas masuk ke kawasan penempatan hingga merosakkan tanaman hiasan rumah.

FOTO

0000000felda1

0000000felda2

0000000felda3

0000000felda4

0000000felda5