1karnival

Program Santai Majlis Belia Daerah Bera Bersama Komuniti Felda Bukit Puchong pada 30 Disember 2017 ini adalah program yang di rangka sendiri oleh ahli jawatan kuasa Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Felda Bukit Puchong melalui pengerusinya iaitu Saudara Sayed Ahmad Fauzan sebagai program tahunan organisasi tersebut.

Untuk memeriah program tersebut, pihak dan ahli jawatan kuasa Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Felda Bukit Puchong mengundang seluruh masyarakat atau komuniti di Felda Bukit Puchong untuk mengambil bahagian dalam program tersebut.

Bagi memeriahkan program tersebut, pihak kuasa Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Felda Bukit Puchong turut mengundang Ahli Dewan Undangan Negeri atau ADUN Kemayan iaitu Yang Berhormat Dato’ Mohd Fadil Bin Osman dan Pengerusi Majlis Belia Daerah Bera iaitu Saudara Rosidi Bin Hassan untuk memeriahkan lagi program tersebut.

Acara pertama yang bakal di buat bersama komuniti adalah acara gotong-royong di sebelah pagi dan acara sukaneka atau sukan tradisional pula akan berlangsung di sebelah petang.

Di samping itu, program ini telah mendapat sokongan padu Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu PERTIGA dari cabang Daerah Bera dan melalui ahlinya mereka berharap dapat menyumbang tenaga kepada komuniti Kampung Felda Bukit Puchong.