pnzuraini1

Pada 2 Mei 2015 yang lalu, pihak Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong telah sepakat untuk mengangkat kisah kejayaan Puan Zuraini Binti Shahdan dalam bidang ICT sebagai satu kisah yang boleh di jadikan contoh kepada golongan remaja di luar sana.Mari kita ikuti kisahnya.

Teknologi asas dalam pembangunan teknologi maklumat iaitu internet telah banyak memberi manfaat kepada manusia bukan sahaja dalam urusan kerja, malah urusan seharian. Dunia yang dahulunya dikatakan jauh, besar dan luas kini dapat dijangkau dengan adanya jaringan internet.

Kemudahan internet kini bukan sahaja dapat dinikmati oleh penduduk bandar, ia juga dapat dirasai oleh penduduk luar bandar dengan adanya Pusat Internet 1Malaysia & Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia.

pnzuraini2

Bagi Pn. Zurani Binti Shahdan, kewujudan Pusat Internet 1Malaysia dan KTW di Felda Bukit Puchong menjadi titik tolak perubahan dalam kehidupan harian beliau. Beliau merupakan kerani di Pejabat Koperasi Serbaguna Bukit Puchong & AJK Pertubuhan Khairat dan Kebajikan Felda Bukit Puchong yang telah berkhidmat selama 10 tahun.

Kemudahan latihan ICT seperti kelas Asas Komputer, Asas Internet & Emel serta aplikasi Microsoft Office yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1Malaysia telah dimanfaatkan dengan baik dan dapat diaplikasi dalam memudahkan urusan kerja.

pnzuraini3

Urusan kerja menjadi lebih sistematik dan laporan kerja dapat dihantar dengan mudah dan cepat melalui aplikasi emel. Selain itu, Pn Zurani juga dapat melakukan urusan kemasukan data ke dalam sistem DKOOP ( Data Pengurusan Koperasi) & sistem eRoses ( Sistem Elektronik Pertubuhan di Malaysia) di Pusat Internet 1Malaysia dengan bantuan dan tunjuk ajar dari petugas Pusat Internet 1Malaysia .

Beliau juga dapat membantu anak – anak untuk mencari maklumat kerja kursus dan dapat melakukan semakan serta memantau prestasi anak-anak di sekolah melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

pnzuraini4

Kemudahan dan perkhidmatan di Pusat Internet 1Malaysia banyak membantu dan memberi manfaat kepada komuniti secara amnya. Sebagai ibubapa dan wanita bekerjaya kemudahan internet perlu dimanfaatkan kerana banyak kebaikan yang boleh didapati internet.