kubur1

Rabu, 15/05/2014, Felda Bukit Puchong.Jasa dan bakti golongan ini harus di puji kerana jika terdapat aktiviti atau program kemasyarakatan di Kampung Felda Bukit Puchong seperti contoh gotong royong mereka tidak pernah menolak malahan akan sentiasa menyumbangkan tenaga tanpa mengharapkan ganjaran wang ringgit.                                 

Inilah perkumpulan belia Felda Bukit Puchong yang saya kenali sejak dahulu lagi.Kumpulan ini sentiasa berlapang dada jika terdapat aktiviti yang melibatkan program gotong royong atau keceriaan terutama di kawasan perkuburan Felda Bukit Puchong malah tidak hairanlah jika Kampung Felda Bukit Puchong sentiasa tercalon dalam Anugerah Keceriaan Tanah Perkuburan peringkat Negeri Pahang dan Wilayah Felda Pahang setiap tahun.

kubur2

Program gotong royong ini turut di sokong penuh oleh Pertubuhan Khairat dan Kebajikan Felda Bukit Puchong yang mana organisasi ini tidak pernah lokek dalam menaja jamuan ringan serta peralatan gotong royong dan minyak petrol.

Apa yang menariknya, jika program gotong royong ini di adakan terdapat muka-muka baharu atau belia Felda Bukit Puchong secara sukarela datang membantu dan di harap akan lebih ramai lagi belia-belia Kampung Felda Bukit Puchong menyokong program kemasyarakatan ini pada masa akan datang.