badminton1

Ahad, 11/05/2014, Felda Bukit Puchong.Kejohanan Badminton Beregu Tertutup Felda Bukit Puchong yang baru-baru berlangsung ini merupakan kejohanan yang julung-julung kali di adakan kerana sebelum ini sukan badminton ini kurang di beri perhatian dan tidak mampu menarik sejumlah besar penyertaan golongan belia kerana kalah dek populariti sukan bolasepak.

Apabila penggunaan Dewan Orang Ramai Felda Bukit Puchong di beri akses penggunaannya pada sebelah malam maka secara tidak langsung sukan badminton mula mengambil tempat dan di minati semula.

Atas dasar untuk merapatkan hubungan siratulrahim sesama belia, maka Persatuan Badminton Felda Bukit Puchong yang di pengerusikan oleh Saudara Badrul Bin Husin telah memulakan inisiatif untuk mengadakan Kejohanan Badminton Beregu Tertutup Felda Bukit Puchong.

badminton2

Melalui kejohanan ini sebanyak 11 buah pasukan telah menyatakan pengesahan menyertai kejohanan tersebut dan ianya di bahagikan kepada 2 kumpulan serta menggunakan format kalah mati.

Dalam kejohanan ini, pasangan regu Ustaz Khairul Azri Bin Yunus dan Norhadi Bin Shamsudin di nobatkan sebagai juara kejohanan kali pertama ini dan membawa pulang piala pusingan serta wang ringgit yang berjumlah RM300 manakala regu tempat kedua di menangi oleh pasangan Wafi Bin Yusof dan Hafiz Bin Ramli yang membawa pulang piala serta wang ringgit yang berjumlah RM150.

Semua pasukan regu yang bertanding dalam kejohanan ini tidak pulang tangan kosong kerana mereka turut di beri hadiah saguhati yang berbentuk cenderamata serta hamper dan kesemua hadiah ini telah di sampaikan sendiri oleh Pengurus Felda Bukit Puchong iaitu Encik Misbari Bin Nazir.

badminton3