fufc1

30/04/2012,Disebabkan persaingan bolasepak dalam kancah Liga Super semakin hebat,ramai ahli-ahli belia Felda Bukit Puchong mula menunjukkan sokongan padu kepada kelab yang pertama kali beraksi di saingan Liga Super 2012 iaitu Felda United.

 fufc2

Kelab peminat Felda United Bukit Puchong ini adalah cawangan kepada kelab peminat “The Settler” atau Felda United. Kelab penyokong FELDA United ditubuhkan secara rasmi pada 19 Januari 2007 di Dewan Perdana FELDA oleh Y.A.B Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu. Keahlian kelab penyokong ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat terutamanya warga FELDA.

fufc3

Apa yang menarik perhatian ialah hampir setiap minggu,seramai 40 orang peminat dari Felda Bukit Puchong terutama ahli-ahli dari Kelab Peminat Felda United ini akan mengiringi pasukan Felda United beraksi di mana-mana stadium.Peluang melihat pemain Felda United beraksi adalah detik yang tidak boleh dilupakan oleh mana-mana penyokong tegar walaupun setiap kali perlawanan belum tentu pasukan Felda United boleh menang tetapi disebabkan minat, menang dan kalah adalah adat dalam permainan.