14 April 2013,Padang Awam Felda Bukit Puchong.Tujuan karnival wau ini di adakan adalah untuk menyemarakkan lagi permainan tradisional yang telah lama ditinggalkan dan ianya seakan tenggelam dek perubahan gaya hidup moden oleh generasi baru khususnya.
Walaupun ada yang sedia maklum bahawa permainan wau ini sering dimainkan oleh masyarakat Melayu pantai timur tetapi disebabkan oleh asimilasi budaya masyarakat Melayu pantai timur yang berhijrah ke bahagian tengah semenanjung Malaysia atau Pahang khususnya,permainan ini tetap dimainkan serta di hidupkan semangatnya walaupun bukan berada di tempat asalnya.
Dalam karnival wau yang telah di adakan ini,nyata golongan belialah yang menjadi tulang belakang kepada acara ini dimana penyertaan dari golongan ini mencapai 80 orang peserta.
Kemeriahan karnival ini berlangsung selama 4 hari dan secara kebetulan pula faktor utama permainan ini iaitu angin sentiasa bertiup kencang menjadikan acara pertandingan wau ini boleh membangkitkan atau menyuntik debaran denyutan jantung yang kencang apabila wau yang bertanding berlumba-lumba untuk mendapatkan posisi tegak.
Selain daripada itu,jika tiada sumbangan khas daripada Yang Berhormat Dato Seri Ismail Sabri Bin Yaakub (seorang peminat wau juga ) nescaya pertandingan ini tidak dapat diadakan kerana penyediaan hadiah dan saguhati kepada pihak peserta memerlukan modal yang agak besar dan ini tidak termasuk elaun pihak pengadil.
Disini,Persatuan wau dan layang-layang Felda Bukit Puchong harus diberi sedikit pujian atas usaha mereka mengangkat permainan tradisional ini dan di harap pertandingan seumpama ini kerap diadakan pada masa akan datang.