PERLAWANAN BOLASEPAK PERSAHABATAN DIANTARA PASUKAN KAWASAN RUKUN TETANGGA FELDA BUKIT PUCHONG DENGAN KELAB BERA INDIAN.

Pada petang tadi, berlangsungnya perlawanan persahabatan di antara pasukan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Felda Bukit Puchong dengan Kelab Bera Indian dan berkesudahan dengan seri 2-2.

Perlawanan bolasepak persahabatan ini terutama pasukan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Felda Bukit Puchong sering di adakan hampir setiap minggu.

Minggu lepas, pasukan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Felda Bukit Puchong telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Estet Triang dan berkesudahan menang 4-1.

Tujuan perlawanan persahabatan ini di buat adalah untuk memdedahkan- kepada semua pemain yang rata-ratanya berusia 20 tahun ke bawah bagi memperolehi pengalaman dan menyiapkan mereka-mereka dengan persiapan yang betul untuk bertanding di kejohanan bolasepak yg besar pada masa akan datang.

Tidak lupa juga dengan pihak pengurusan dan AJK Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Felda Bukit Puchong yang memberi sokongan tidak berbelah bagi dari segi kejurulatihan dan sokongan moral.

GAMBAR

aaaaakelas95

aaaaakelas96