rohanielsham1

Puan Rohani Bin Mohd Noor merupakan salah seorang usahawan dan stokis produk kosmetik paling lama di Felda Bukit Puchong.

Beliau juga merupakan salah seorang peniaga terawal yang menjadikan internet sebagai platform perniagaan yang di usahakan beliau dan suami.

rohanielsham2

Melalui penjualan produk kosmetik terbaharu iaitu “Snow White”, beliau adalah salah seorang stokis Top-5 di daerah Bera dan ini merupakan satu pencapaian yang boleh di katakan sangat hebat kerana jaringan kenalan atau para pelanggan beliau terdiri daripada kenalan di halaman Facebook

Perniagaan yang di usahakan oleh Puan Rohani ini turut di bantu oleh suaminya iaitu Encik Shahrul Hisam Bin Saad yang bertindak sebagai Pegawai Logistik.

rohanielsham3

Pihak Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong sentiasa memantau perkembangan perniagaan Puan Rohani ini melalui Facebook dan pihak kami pernah menawarkan beberapa program keusahawanan kepada Puan Rohani tetapi terpaksa di tolak oleh beliau mungkin kerana di sebabkan beberapa masalah yang tidak dapat di elakkan.

rohanielsham4

Tetapi akhirnya pada 15 Ogos yang lalu, pada Program Dashboard-Myshop barulah ada kesempatan buat Puan Rohani untuk menyertai program yang pihak Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong anjurkan.

Selain daripada itu, Puan Rohani turut memberi jaminan akan menyertai sebarang program keusahawanan yang di jalankan di Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan penyuntingan grafik atau Photoshop.

Beliau juga giat memantapkan jaringan keusahawanan di antara beberapa usahawan sekitar daerah Bera dan turut memasarkan produk melalui media sosial seperti halaman facebook dan aplikasi what apps.

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong melalui program yang telah di adakan dan konsultansi berterusan dari pihak Pusat Internet 1Malaysia terutama dalam memperluaskan dan promosi perniagaan beliau melalui media sosial seperti facebook dan aplikasi telefon what apps, kini pendapatan kasar bulanan beliau boleh mencecah sehingga RM 3000 – RM 5000 sebulan (kasar).