Iwan2

Encik Mohd Ridzwan Bin Yusof telah terlibat dalam bidang keusahawanan kedai runcit sejak tiga tahun lepas atau pada tahun 2016.

Dengan berbekalkan modal sendiri, beliau memberanikan diri untuk menceburi bidang perniagaan kedai runcit walaupun terpaksa bersaingan dengan kedai-kedai runcit yang telah lama beroperasi di Felda Bukit Puchong.

Alhamdulilah berkat kesabaran dan doa dari keluarga dan rakan-rakan, beliau kini di kenali sebagai salah satu usahawan kedai runcit yang boleh di katakan berjaya dan mampu menampung keluarganya dari hasil kedainya dengan usaha beliau sendiri.

Iwan1

Keunikan perkhidmatan kedai runcit beliau ini adalah, masa operasi yang lama atau kedai runcitnya akan di tutup pada pukul 01.00 pagi setiap hari seterusnya membolehkan para pelanggan mendapatkan apa juga keperluan barangan walaupun telah lewat dan selain daripada itu, barangan atau produk runcitan yang sangat laris ialah produk ayam pedaging segar dan halal.Ini kerana ayam pedaging tersebut di ternak sendiri dan di sembelih oleh ayahnya yang merupakan Imam Masjid Insaniah Felda Bukit Puchong.

Iwan4

Kemampuan operasi sampai lewat malam kedai Saudara Ridzwan ini adalah kerana beliau juga telah di bantu oleh dua orang pembantu kedai yang bertugas secara giliran pada setiap hari dan maka tidak hairanlah kedainya menjadi kedai pilihan penduduk di Felda Bukit Puchong kerana rata-rata operasi kedai runcit sedia ada akan tutup pada sekitar pukul 08.00 dan 10.00 malam.

Penglibatan usahawan muda ini dengan pihak Pusat Internet Felda Bukit Puchong, beliau sering mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar terutama dalam penggunaan media sosial.Selain daripada itu Encik Ridzwan pernah belajar untuk menguruskan akaun aliran pendapatan harian dan bulanan bagi kedai runcitnya agar pengurusan hasil pendapatan sistematik.

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Bukit Puchong dan konsultansi berterusan dari pihak Pusat Internet terutama dalam memperluaskan dan promosi perniagaan beliau melalui media sosial seperti facebook,instagram dan aplikasi telefon what apps, kini pendapatan kasar bulanan beliau boleh mencecah sehingga RM 2500 – RM 3500 sebulan (kasar).

Iwan3