1jemirbundle2

Encik Azmir Bin Jamil merupakan salah sorang usahawan pakaian terpakai atau bundle yang terkenal di kampung Felda Bukit Puchong.

Beliau telah memulakan perniagaan pakaian terpakai atau bundle ini sejak tahun 2014 lagi.

Pada mulanya, perniagaan pakaian terpakai Encik Azmir lebih mensasarkan golongan pembeli atau pelanggan pasar malam sekitar daerah Bera tetapi apabila Encik Azmir mula mendapat tapak tetap atau premis seperti kedai secara sewaan, perniagaan pasar malam telah beliau tinggalkan.

Kebetulan premis kedai pakaian terpakainya itu terletak di kawasan utama perniagaan Felda Bukit Puchong seterusnya ia menjadi faktor terpenting melonjakkan keuntungan perniagaan yang beliau usahakan sehingga ke hari ini.

Sedia maklum, pakaian terpakai yang Encik Azmir niagakan atau jual kepada semua pelanggannya merupakan pakaian yang berjenama dan berkualiti tinggi seperti Levi’s, Docker,Lee bagi seluar dan Anvil,3A,Fruits Of Loom bagi edisi baju.

Oleh sebab kualiti pakaian terpakai yang di jual oleh Encik Azmir, maka pelanggan yang terdiri daripada penduduk atau warga Felda Bukit Puchong kerap datang semula bagi membeli pakaian terpakai tersebut dari beliau.

Bercerita tentang penggunaan media sosial sebagai salah satu medium untuk memasarkan atau menjual pakaian terpakai dari kedainya, Encik Azmir lebih mesra atau senang menggunakan aplikasi Facebook dan What Apps dan penglibatan Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong tidak jemu-jemu memberikan khidmat konsultansi berterusan dari semasa ke semasa dan secara kebetulan pula, rumah Encik Azmir terletak bertentangan dengan Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Puchong.

Hasil kerja kerasnya selama ini, beliau boleh meraih pendapatan kasar bulanan hampir RM 1000 – RM 2000 sebulan (kasar) dan boleh melonjak sehingga mencapai RM 3000 ketika musim perayaan.

FOTO

1jemirbundle

1jemirbundle1

1jemirbundle3