1kambing0

 

Encik Mohd Sofie Bin Salim atau mesra di panggil dengan nama Sofie baru sahaja berkecimpung dalam bidang penternakan kambing dan biri-biri pada pertengahan tahun 2017 yang lalu.

Dengan menggunakan wang simpanannya selama ini serta tekad untuk memajukan diri, beliau telah mengambil langkah yang berani dan berisiko tinggi dalam menjalankan perniagaan berasaskan penternakan haiwan ruminan.

Bermula dengan 10 induk kambing dan 10 induk biri-biri sebagai permulaan, kini ternakan yang beliau usahakan telah mencecah sehingga 50 ekor hasil dari pembiakkan atau kembang biak haiwan yang beliau ternak tersebut.

Bagi mencapai kelestarian perniagaan yang berasaskan penternakan ini, Encik Sofie selalu menyasarkan Hari Raya Qurban sebagai bulan meraih keuntungan di mana kambing dan biri-biri dari ladangnya mendapat sambutan atau permintaan yang luarbiasa dari penduduk kampung Felda Bukit Puchong bagi di jadikan sebagai haiwan korban.

Selain daripada itu, Encik Sofie turut menghasilkan induk betina dan pejantan unggul bagi kambing dan biri-biri ini untuk di jual kepada para penternak sekitar kampung.

Dalam operasi ladang ternakan kambing dan biri-biri, Encik Sofie turut di bantu oleh isterinya sebagai pembantu ladang ternak di mana urusan kebersihan kandang, jadual vaksinasi dan vitamin di seliakan secara bersama.

Hasil kerja kerasnya selama ini, beliau boleh meraih pendapatan kasar bulanan hampir RM 1000 – RM 1500 sebulan (kasar).

 

FOTO

 

1kambing1

 

1kambing2

 

1kambing3