00qudin1

Encik Mohd Khairuddin Bin Tahir atau lebih senang di panggil Cik Kudin telah terlibat dalam perkhidmatan menggunting rambut kira-kira pada tahun 2012.Bermula sebagai perantis atau pelatih kedai gunting di Bandar Triang beliau secara perlahan-lahan mula menyerap ilmu dan cara menggunting selama 2 tahun dengan gurunya sebelum beliau membuka kedainya di premisnya sendiri.

Perniagaan yang beliau usahakan ini turut di sokong dan di bantu oleh keluargnyaa dengan menyediakan modal permulaan seperti membina kedai dan pembelian beberapa peralatan untuk mengguning rambut.

Untuk pengetahuan, kedai gunting Cik Kudin ini sangat hampir dengan Pusat Internet Felda Bukit Puchong dan secara tidak langsung, petugas Pusat Internet Felda Bukit Puchong selalu memerhatikan prestasi kedai guntingnya yang mendapat sambutan hangat dari penduduk Felda Bukit Puchong dan Felda Bukit Mendi iaitu felda berhampiran.

Permintaan mendadak terhadap servis atau perkhidmatan menggunting rambut yang pihak Cik Kudin sediakan adalah pada musim cuti sekolah dimana pelajar sekolah rendah dan menengah akan memastikan rambut mereka kemas dan pendek sebelum sesi persekolahan bermula.

00qudin3

00qudin2

Selain daripada itu, Encik Mohd Khairuddin turut menternak lembu sebagai punca menambahkan pendapatannya.

Bagi melonjakkan perniagaan beliau, terutama dalam mempromosikan perniagaan yang beliau usahakan, Encik Khairuddin tidak malu untuk berjumpa dengan pihak Pusat Internet Felda Bukit Puchong bagi menguasai dan mempelajari penggunaan media sosial seperti facebook dan aplikasi What Appsi bagi menaikkan reputasi perniagaan.

Selain daripada itu, Encik Khairuddin turut mempelajari beberapa modul seperti Asas Grafik Photoshop, Penggunaan Media Sosial seperti Facebook dan Instagram, Modul Pusat Internet iaitu Myshop menjadi intipati kerjasama Pusat Internet Felda Bukit Puchong turut di selitkan dalam sesi tersebut.