0ku4

Encik Khairuddin Bin Mohd Yusof atau lebih mesra di sapa Abang Kilex oleh para pelanggan setianya telah menceburi bidang perniagaan mengetuk dan mengecat kereta sejak dari tahun 2004/2005 di ruang bengkel rumahnya setelah tamat belajar di Pusat Giat Mara Mentakab pada tahun sebelumnya.

Berumur hampir 35 tahun dan masih bujang dan di fahamkan bahawa Abang Kilex ini merupakan seorang usahawan berstatus OKU atau Orang Kurang Upaya-Fizikal.

0ku1

Dengan kegigihan dan ketekunan beliau mengharungi cabaran dan liku-liku perniagaan mengetuk dan mengecat, kini Abang Kilex boleh berbangga dengan usaha gigihnya kerana masih bertahan selama 14 tahun.

Pada awal tahun 2018, Abang Kilex nekad untuk mengembangkan lagi perniagaannya dengan membuka kedai atau bengkel yang di sewa dengan Majlis Daerah Bera di Kawasan Perindustrian Kecil dan Sederhana yang terletak di Simpang Besar Felda Bukit Mendi bagi meneroka pasaran yang lebih luas.

0ku3

Selain daripada itu, Abang Kilex turut melahirkan rasa berterima kasih kepada Jabatan Tenaga Kerja melalui Kementerian Sumber Manusia kerana telah sudi menjadikan beliau sebagai salah seorang peserta SGBP-OKU atau Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya dengan memberi beberapa kelengkapan dan keperluan bengkel.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan servis mengetuk dan mengecat kereta sekitar Daerah Bera, bolehlah menghubungi Abang Kilex di talian mudah alih 019-9786847.

0ku2