USAHAWAN PUSAT SERVIS DAN CUCI KERETA

NAMA : SAFFIAN BIN SARIF

USAHAWAN: PUSAT SERVIS DAN CUCI SS SPEEDWASH

Setelah hampir sepuluh tahun Encik Safian Bin Sarif bergelumang dalam bidang dan sektor pembinaan pencakar langit di ibu kota sebagai seorang pemandu kren dengan nekad dan tekad beliau beranikan diri terjun ke bidang perniagaan dalam mengusahakan Pusat Servis Dan Cuci Kereta SS Speed Car Wash dengan bermodalkan wang terkumpul semasa bekerja dahulu di ibukota,

Encik Safian boleh di katakan sebagai seorang yang mempunyai cita-cita tinggi dan visi dalam perniagaan kerana beliau pandai dalam membuat keputusan di mana kedudukan Pusat Servis Dan Cuci Kereta SS Speed Car Wash terletak di kawasan tumpuan orang ramai dimana kedudukan kedainya bertentangan dengan sebuah pusat beli belah iaitu TF Value Mart,Bera.

Di mana, baru sebulan kedainya beroperasi Pusat Servis Dan Cuci Kereta SS Speed Car Wash telah menjadi terkenal sekelip mata dengan promosi atas talian melalui aplikasi What Apps dan Facebook.

Rata-rata pelanggannya adalah terdiri daripada pelanggan pusat beli belah TF Value Mart,Bera, yang menghantar kereta untuk diservis dan di cuci dan dalam masa yang sama pelanggan ini dapatlah membeli belah di TF-Value Mart.Setelah selesai membeli –belah,kereta yang di hantar untuk diservis dan di cuci telah siap tanpa perlu di tunggu dan ini adalah sesuatu inisiatif yang bagus kepada pelanggan kerana ia dapat menjimatkan banyak masa.

Operasi Pusat Servis Dan Cuci Kereta SS Speed Car Wash bermula pukul 10.00 pagi dan tutup pada pukul 07.00 malam dan Encik Safian di bantu oleh 2 pekerja tetapnya.

Petugas Pusat Internet Felda Bukit Puchong berhajat untuk melonjakkan lagi jualan dan servis

Pusat Servis Dan Cuci Kereta SS Speed Car Wash dengan menggunakan beberapa modul yang bakal di ajar dan di latih seperti aplikasi media sosial iaitu what apps,facebook dan instagram pada masa akan datang.

Selain daripada itu, beberapa modul lain turut di rancang oleh pihak Pusat Internet Felda Bukit Puchong bagi kemudahan Encik Safian untuk di kuasai seperti Asas Grafik Photoshop dan Myshop.

0000000pian1

0000000pian2

0000000pian4

0000000pian5

0000000pian6

0000000pian7

0000000pian8